fbpx

AirAsia Benarkan 2 Beg Kabin, Beg Troli Dibenarkan Dengan Syarat

Sejak April lalu di dalam Polisi Perjarakan Sosial Bagasi Kabin AirAsia, syarikat terbabit hanya membenarkan penumpang membawa 1 beg kabin untuk diletakkan di ruang bawah tempat duduk. Kategori beg yang dibenarkan pula tidak termasuk beg troli.

Terbaharu, polisi terbabit telah dikemas kini dengan membenarkan penumpang membawa 2 beg kabin dengan syarat berat ke dua-dua beg yang di bawa tidak melebihi 7 kg.

Untuk beg troli, ukuran beg mestilah tidak melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan mesti dapat dipasang di ruang simpanan atas kabin pesawat.

Beg yang lain boleh berupa beg komputer riba atau beg tangan atau beg galas atau beg kecil lain seperti polisi sebelum ini kekal dibolehkan untuk diletakkan diruang bawah tempat duduk.

Melalui pemeriksaan kami di laman sesawang AirAsia juga memaklumkan polisi ini telah dikemas kini seperti gambar di bawah.

AirAsia Benarkan 2 Beg Kabin, Beg Troli Dibenarkan Dengan Syarat 1
Polisi bagasi kabin terbaharu daripada AirAsia bermula 7 Julai 2020.

Polisi yang dikemas kini terbabit seiring dengan pertambahan penumpang dari hari ke hari sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sumber: Malay Mail

One thought on “AirAsia Benarkan 2 Beg Kabin, Beg Troli Dibenarkan Dengan Syarat

Comments are closed.

Next Post

262 Juruterbang Palsu, Eropah Gantung Pakistan International Airlines

Pada 22 Mei lalu, pesawat PIA dilaporkan terhempas di sebuah kawasan perumahan ketika menghampiri lapangan terbang Karachi mengakibatkan 97 penumpang kehilangan nyawa manakala hanya dua penumpang terselamat dalam nahas terbabit. Siasatan lanjut ke atas kemalangan terbabit mendapati nahas pesawat PIA PK8303 berpunca daripada kesilapan juruterbang dan menara kawalan. Siasatan yang dilakukan itu […]
AirAsia Benarkan 2 Beg Kabin, Beg Troli Dibenarkan Dengan Syarat 3