fbpx

Pawagam Pertama Asingkan Tempat Duduk Lelaki Dan Perempuan Di Terengganu

Ahmad Suhael

Menonton wayang merupakan aktiviti santai yang tidak asing lagi di Malaysia. Ini kerana aktiviti ini sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Namun, ada segelintir orang terutamanya pasangan yang belum berkahwin menjadikan pawagam sebagai tempat untuk membuat perkara yang ‘mencurigakan’ bersama pasangan tidak halal mereka.

Terbaharu, initiatif yang dilaksanakan oleh Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu ini sangat bertepatan. Pawagam yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square tampil dengan konsep pawagam patuh syariah pertama di Terengganu.

Perlaksanaan pawagam patuh syariah ini akan mengasingkan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram dan juga keluarga berdasarkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Pengasingan tempat duduk itu juga terpakai untuk semua pelanggan termasuk pengunjung bukan Islam.

Menurut Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali mengatakan bahawa pihaknya telah menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baharu itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

“Bagi panggung wayang yang keluasannya agak kecil, mereka yang berkeluarga boleh memilih untuk duduk di mana-mana tempat duduk yang disediakan manakala bagi dewan yang agak luas, kita telah bahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga namun bergantung kepada keadaan semasa di mana terdapat juga pengunjung lelaki atau wanita ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan menjaga batasan antara satu sama lain,” katanya

Memandangkan peraturan itu masih baharu diperkenalkan, segala penambahkan akan dilakukan dari semasa ke semasa supaya peraturan tersebut boleh dipatuhi oleh semua pelanggan.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi

Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Langkawi dan pulau-pulau di Sabah seperti di Daerah Semporna pasti sudah anda biasa dengar. Bagi sesiapa yang belum tahu, sebenarnya negeri Johor juga mempunyai pulau-pulau yang cantik, antaranya ialah Pulau Rawa dan Pulau Aur. Sebelum ini, kami pernah kongsikan pengamalan seorang […]
Pawagam Pertama Asingkan Tempat Duduk Lelaki Dan Perempuan Di Terengganu 2