fbpx

Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi

Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Langkawi dan pulau-pulau di Sabah seperti di Daerah Semporna pasti sudah anda biasa dengar.

Bagi sesiapa yang belum tahu, sebenarnya negeri Johor juga mempunyai pulau-pulau yang cantik, antaranya ialah Pulau Rawa dan Pulau Aur.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan pengamalan seorang wanita bernama Noor Umiyana bercuti di Pulau Rawa. Pulau yang sangat sesuai untuk sesiapa yang sukakan privasi. Boleh ikuti perkongsian di sini.

Kali ini kami nak kongsikan pula berkenaan dengan Pulau Aur yang terletak di daerah Mersong, Johor ini.

Geografi Pulau Aur

Untuk pengetahuan umum, negeri Johor sahaja mempunyai lebih 10 pulau terletak di perairannya. Antara pulau yang tercantik di Johor ialah pulau Aur, pulau Dayang, pulau Harimau, pulau Sibu dan pulau Rawa. Peta di bawah menunjukkan lokasi pulau-pulau sekitar perairan Johor.

Pulau Aur terletak sejauh 70km dari Jeri Mersing. Pulau ini merupakan sebahagian daripada kawasan perairan Johor Marine Park.

Disebabkan oleh lokasinya yang jauh dari daratan semenanjung Malaysia, pantai dan air lautnya cantik kebiruan. Malah kawasan ini sangat popular dengan aktiviti selam skuba disebabkan kecantikan batu karangnya.

Bersebelahan pulau Aur pula terletaknya Pulau Dayang yang dijarakkan hanya 400 meter kedudukan antara kedua-dua pulau ini.

Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi 1
Foto via Diveglobal

Pengalaman Ke Pulau Aur

Menerusi Facebook, Aina Mardiah berkongsi pengalaman beliau ke Pulau Aur dan berkongsi beberapa tips untuk rujukan anda yang ingin ke sana. Baca perkongsian beliau di bawah:

  • Pulau Aur adalah pulau yang terletak paling jauh dari tanah besar Semenanjung, jaraknya 70km dari jeti Mersing.
  • Perjalanan bot mengambil masa hampir tiga (3) jam. Bergantung kepada jenis bot.
  • Penginapan di Blue Water Resort. Pakej all in. Layanan A plus. Dapat makan ikan kerapu fresh. Kudos to our guide, Wan.
  • Terdapat dua (2) spot untuk sesi fotografi. Puncak Batu Berhala ( Pulau Aur) dan Puncak Pulau Dayang (Pulau Dayang)
  • Perlu hiking lebih kurang 20 minit untuk ke setiap puncak bagi mendapatkan view yang ah-meh-zing! Hiking level newbie + intermediate.
  • Pulau Dayang adalah pulau yang paling cantik. Pasir putih tepi pantai, ombak laut berkejaran..
  • Bawa baju colourful for OOTD please.
  • Spot coral cantik adalah di Pulau Lang. Bawa action camera boleh selfie dengan ikan nemo.
  • Di Pulau Dayang terdapat tulang ikan paus yang tidak dialihkan ketika ikan paus terdampar beberapa tahun yang lalu.
  • Gambar cantik ihsan dari incik suami dan travelmate. Mohon bawa pasangan anda, sebab pasangan je sanggup nak layan karenah kita.
Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi 2
Foto via Facebook Aina Mardiah

Tip tambahan:

You know yourself well. Sila persiapkan diri sebelum naik bot. Kebarangkalian untuk bertembung ombak besar adalah tinggi. Kalau badan lemau memang tak best nak buat aktiviti. Checklist:-

  1. Ubat Tahan Muntah. Ambil 30 minit sebelum makan atau sebelum perjalanan bermula. Saya beli jenama Hurix. Memang power!
  2. Minyak cap kapak
  3. Asam-asam (Bagi mengurangkan rasa loya)
  4. Panadol
  5. Plastik ( incase nak termuntah)
  6. Bawa bertenang dan bersabar.

Pakej ke Pulau Aur boleh didapati dari instagram / facebook : pulaukita

Let’s support local.

Sumber: Facebook Aina Mardiah

One thought on “Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi

Comments are closed.

Next Post

Amerika 'Tidak Senang' Dengan Status Hagia Sophia Ditukar Kepada Masjid

Hagia Sophia yang pada asalnya adalah gereja kemudian ditukar menjadi masjid pada selepas penaklukan Constantinople oleh Sultan Al Fateh. Namun sejak kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah statusnya ditukar kepada muzium semasa pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk. Namun sejak beberapa tahun sebelum ini statusnya diperdebatkan kembali berikutan beberapa kenyatan Presiden Tukri, Erdogan menyatakan […]
Pulau Aur, Destinasi Di Johor Bagi Anda Yang Sukakan Privasi 4