Amerika ‘Tidak Senang’ Dengan Status Hagia Sophia Ditukar Kepada Masjid

Hagia Sophia yang pada asalnya adalah gereja kemudian ditukar menjadi masjid pada selepas penaklukan Constantinople oleh Sultan Al Fateh. Namun sejak kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah statusnya ditukar kepada muzium semasa pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.

Namun sejak beberapa tahun sebelum ini statusnya diperdebatkan kembali berikutan beberapa kenyatan Presiden Tukri, Erdogan menyatakan untuk menjadikan kembali Hagia Sophia sebagai tempat ibadat umat Islam.

Semalam mencatat sejarah apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan status Hagia Sophia kembali kepada masjid selepas 86 tahun menjadi muzium.

Pengumuman terbabit dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Pengumuman terbabit walaubagaimanapun tidak diterima baik oleh Amerika Syarikat (AS). AS ternyata kecewa dengan keputusan Turki kerana beranggapan monumen bersejarah pada era Byzantine layak diakses sama rata kepada semua pelawat.

“Kami kecewa dengan keputusan kerajaan Turki yang mengubah status Hagia Sophia,”

kata jurucakap AS, Morgan Ortagus.

Selain itu, masyarakat Kristian dan negara jiran, Greece juga turut kesal dengan keputusan dibuat Turki kerana merasakan Hagia Sophia adalah terbuka untuk semua.

Sumber: Harian Metro