Amerika Tetap Buka Disney World Walaupun Kes COVID-19 Catat Lebih 10,000 Sehari

Umum ketahui, Amerika Syarikat merupakan negara dengan kes tertinggi COVID-19 di dunia iaitu melebihi 3 juta kes positif dan lebih 100,000 kematian dicatatkan akibat wabak terbabit.

Berbanding Malaysia yang melarang sebarang aktiviti pelancongan sehinggalah kes COVID-19 reda, Amerika Syarikat (AS) pula tetap akan membuka taman tema Disney World yang bertempat di Florida walaupun kawasan terbabit mencatat lebih 10,000 kes terbaharu dan 95 kematian.

Walaupun kes terbaharu dicatatkan itu tinggi, tiket masuk ke taman tema yang dikenali sebagai ‘The Most Magical Place on Earth’ bagi bulan Julai sudah habis dijual semuanya.

Related Post

Pembukaannya pada Sabtu lalu bagaimanapun tetap melaksanakan prosedur-prosedur yang ditetapkan dimana orang ramai perlu memakai penutup muka, pemeriksaan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan ‘hand sanitizer’.

Setakat ini, Amerika Syarikat menjadi negara dengan kes COVID-19 tertinggi dunia dengan 3.2 juta kes melibatkan 135,000 kematian.

Sumber: Straits Times

This website uses cookies.