fbpx

Jepun Senaraikan Malaysia Sebagai Negara Rundingan Untuk Buka Sempadan

Ahmad Suhael

Dengan situasi wabak COVID-19 yang masih belum menemui vaksin, rata-rata negara masih mengekalkan sekatan sempadan negara masing-masing. Namun demi mengimbangi kemelesetan ekonomi, kebanyakan negara mula membuka sempadan sedikit demi sedikit kepada negara terpilih.

Jepun antara salah satu negara yang telah pun membuka sempadannya kepada beberapa negara yang diklasifikasikan sebagai zon hijau walaupun masih terdapat 129 negara dan wilayah termasuk di dalam larangan memasuki negara itu.

Sebelum ini hanya empat negara yang disebut iaitu Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam dibenarkan di dalam langkah ‘travel bubble’ disebabkan negara-negara tersebut terdiri daripada negara zon hijau.

Tetapi sekarang, 10 negara dan wilayah lain di Asia telah dimasukkan ke dalam senarai ‘travel bubble’ terbabit.

Menurut laporan Japan Times, Jepun akan memulakan rundingan dengan Brunei, Kemboja, China, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan pada bulan ini.

Negara-negara ini dipilih disebabkan oleh hubungan perniagaan yang kuat dan juga telah menunjukkan prestasi pengendalian dan penurunan wabak COVID-19 dengan baik.

Menurut laporan itu juga mengatakan rundingan pembukaan sempadan akan mengutamakan perjalanan penting seperti urusan perniagaan bagi membantu memulihkan ekonomi dan mempromosikan perniagaan antarabangsa. Setelah itu barulah dibuka untuk pelajar antarabangsa dan kemudiannya pelancongan.

Walaupun kes jangkitan COVID-19 di Jepun meningkat dalam beberapa hari sebelum ini, menteri luar Jepun mendedahkan pada hari Jumaat lalu bahawa jumlah ini tidak akan mempengaruhi rundingan tersebut.

Sumber: Time Out, Japan Times

Next Post

Hong Kong Disneyland Ditutup Kembali Selepas Kes COVID Meningkat

Hanya sebulan beroperasi semula, Hong Kong Disneyland kembali diarahkan tutup mulai 15 Julai berikutan peningkatan kes baharu COVID-19. Arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Hong Kong itu seiring dengan perlaksanaan langkah penjarakan sosial yang diperketatkan akibat kes baharu di negara terbabit. “Sebagai mematuhi arahan kerajaan bagi pencegahan COVID-19, taman Disneyland Hong […]
Jepun Senaraikan Malaysia Sebagai Negara Rundingan Untuk Buka Sempadan 2