fbpx

Hong Kong Disneyland Ditutup Kembali Selepas Kes COVID Meningkat

Ahmad Suhael

Hanya sebulan beroperasi semula, Hong Kong Disneyland kembali diarahkan tutup mulai 15 Julai berikutan peningkatan kes baharu COVID-19.

Arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Hong Kong itu seiring dengan perlaksanaan langkah penjarakan sosial yang diperketatkan akibat kes baharu di negara terbabit.

“Sebagai mematuhi arahan kerajaan bagi pencegahan COVID-19, taman Disneyland Hong Kong akan ditutup sementara bermula15 Julai,” kata seorang jurucakap Disney.

Hotel-hotel di resort Disneyland Hong Kong bagaimanapun akan tetap dibuka dengan menyesuaikan tahap perkhidmatan seperti yang diperlukan, menurut jurucakap itu.

Pada hujung minggu lalu, Disney World membuka taman temanya secara berperingkat iaitu taman Magic Kingdom dan Animal Kingdom. Dua tamannya yang lain, EPCOT dan Hollywood Studios, akan dibuka semula pada 15 Julai.

Sumber: Astro AWANI

Next Post

Wabak Malaria Monyet Dikesan Meningkat, Pengiat Sukan Mendaki Dinasihat Berhati-hati

Walaupun kerajaan telah pun membenarkan aktiviti mendaki, namun bagi penggemar aktiviti berkenaan harus tetap berwaspada dengan penularan wabak Malaria Knowlesi atau Malaria Monyet, yang kini dikesan semakin meningkat di Malaysia. Selain itu daripada pendaki, mereka terbabit dalam aktiviti pertanian, perladangan, pembalakan serta pengumpulan hasil hutan termasuk daripada individu yang berisiko […]
Hong Kong Disneyland Ditutup Kembali Selepas Kes COVID Meningkat 2