Wabak Malaria Monyet Dikesan Meningkat, Pengiat Sukan Mendaki Dinasihat Berhati-hati

Walaupun kerajaan telah pun membenarkan aktiviti mendaki, namun bagi penggemar aktiviti berkenaan harus tetap berwaspada dengan penularan wabak Malaria Knowlesi atau Malaria Monyet, yang kini dikesan semakin meningkat di Malaysia.

Selain itu daripada pendaki, mereka terbabit dalam aktiviti pertanian, perladangan, pembalakan serta pengumpulan hasil hutan termasuk daripada individu yang berisiko mendapat penyakit bawaan nyamuk yang berasal daripada monyet itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes jangkitan Malaria Monyet, menunjukkan peningkatan di beberapa kawasan di Malaysia, daripada 376 kes pada 2006 kepada 3,614 kes sepanjang tahun lalu.

Peningkatan itu kes direkodkan selepas Kementerian Kesihahatan (MOH) memperkenalkan diagnosis berasaskan molekular untuk malaria pada 2009, yang lebih sensitif untuk mendiagnos Malaria Knowlesi.

“Sejak itu, lebih banyak wabak Malaria Knowlesi dikesan, berbanding sebelum ini hanya diklasifikasikan sebagai malaria manusia,” katanya

Selain itu, kesan penebangan hutan yang semakin tidak terkawal dan kekurangan atau kehilangan imuniti terhadap malaria dalam kalangan masyarakat turut menjadi penyebab peningkatan kes wabak ini.

Melihat kepada peningkatan ini, MOH sudah melaksanakan lapan inisiatif bagi mengatasinya sebelum menjadi lebih teruk menurut Dr Noor Hisham.

Antaranya termasuklah memperkukuh pemantauan jangkitan Malaria Monyet kepada manusia, mewujudkan garis panduan kebangsaan bagi merawat malaria sejak 2014 serta pendidikan kesihatan kepada mereka yang berisiko dengan jangkitan Malaria Knowlesi.

Selain itu, katanya, MOH turut menjalin kerjasama dengan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) untuk memetakan kawasan berisiko, selain kementerian lain, khususnya Jabatan Hidupan Liar bagi mengesan monyet macaque yang menjadi pembawa parasit Malaria Knowlesi.

Kerjasama dengan universiti tempatan diketuai Universiti Malaya (UM) turut dilakukan untuk mengkaji kepelbagaian pendekatan terhadap Malaria selain melakukan kajian terhadap keberkesanan penyembur serangga serta penghalau nyamuk,

Sumber: Berita Harian