fbpx

Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor

Ahmad Suhael

Bagi yang belum tahu, Johor antara negeri yang mempunyai banyak pulau cantik yang terletak di Johor Marine Park. Disebabkan oleh lokasi pulaunya jauh dari tanah besar semenanjung, kecantikannya sangat terserlah setanding pulau-pulau di luar Malaysia seperti Maldives.

Jika sebelum ini kami ada kongsikan kepada pembaca blog ini percutian ke Pulau Aur dan juga Pulau Rawa oleh netizen. Kali ini kami nak kongsikan pulau pengalaman wanita bernama Feesya Ab Rahim bersama keluarga beliau bercuti ke Pulau Besar Johor.

Baca perkongsian beliau di bawah:

Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 1

Percutian yang tidak dirancang.

Sebenarnya plan nak pergi Cameron tapi memikirkan last minute ramai yang ambil peluang bercuti selepas pengumuman sekolah mula dibuka mulai 15 Julai 2020, so kami surrender tak nak terjebak dalam jem kat atas Cameron tu.

Fikir punya fikir, terlalu pula pasal Pulau Besar Mersing di kat wall Facebook. Terus usha resort yang ada kat Pulau Besar di Agoda.

Surprisingly, ada promo bilik yang murah sangat kat D’coconut Island Resort. Dapat bilik yang berharga RM174 semalam. Gedebak gedebuk lepas tambah tax dapat lah RM396 untuk dua malam with breakfast. Bilik family masa tu tak appear so kami decide nanti dekat chalet request untuk tambah bed for the kids. Extra bed kosnya RM85 semalam. Kami tak ambil pakej sebab tak nak buat aktiviti snorkeling dan island hopping. Just nak enjoy scenery dan aktiviti dekat resort.

Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 2
Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 3
Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 4

So pendek kata, esok nak pergi malam ni baru buat booking bilik dekat Agoda dan terus whatsapp resort untuk arrangement boat. Kalo last minute macam ni memang kena buat arrangement dulu ya kang korang dah book tak dapat pulak naik bot nanges la korang kat jeti.

Untuk boat transfer, harga untuk dewasa adalah RM110 pergi dan balik dan untuk budak 4 tahun ke atas RM95. Tapi boleh lah nak ‘kowtim’ minta kurang atau exceptional utk yg umur 6-7 tahun badan kecik 😉 Bertolak dari jeti Mersing pukul 12.30 tenghari. Perjalanan dari Mersing lebih kurang 25 hingga 30 minit je.

Alhamdulillah pulau ni cantik sangat. Air pun jernih. Pulau Besar ni nama asalnya Pulau Babi Besar. Adalah cerita mitos asal usul nama pulau ni dlu korang tengok dalam gambar makbos ada bagi. Huh, tak in langsung kan nama dia dan dah ditukar pun kepada Pulau Besar. Komersial la sikit kan. Tak ada sekor pun babi kat situ (yang kami jumpa la).

Kat pulau ni tak silap ada 4 buah resort. Ada lagi satu Asenia tu sebelah je dengan resort kami tapi dia punya mahal ya rabbi tatau la pasal apa. Hahaha.

Kami pilih D’coconut Island Resort sebab pertama harga yang sangat affordable (diskaun banyak kat Agoda). Tempat dia cantik sangat, memang tak menyesal pilih. Bilik chalet yang selesa dan bersih. Staffnya pun baik sangat.

Memang best place untuk holiday, santaikan minda dengan view pantai, view pool dan view coconut yang sangat mengasyikkan. Kalau nak minum air kelapa, nanti staff dia terus kait fresh dari pokok RM5 je sebiji. Besar dan manis sangat air kelapa. Sangat-sangat recommended la stay sini.

Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 5
Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 6
Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 7

Waktu petang boleh tengok sunset jugak. Just doalah tak ada terlindung awan atau mendung nak hujan. Alhamdulillah 3 hari kami di sini cuaca sangat best.

Oh ya kami tak ambil pakej makan sebab mereka hanya offer the whole pakej. Tapi boleh la order ala carte untuk lunch dan dinner. Dinner kena order before pukul 3 petang. Kalau lapar lagi sebelah resort ada yang jual burger RM4 jer.

Aktiviti kami kat sini, mandi pantai, mandi kolam, main basikal sepanjang pantai, main pool, bergambar dan enjoy the beautiful moment je. Ringan rasa kepala.

Ok korang. Nanti sudi sudikan tengok gambar. Terima kasih kerana membaca sharing ni.

For details D’coconut Island Resort, bole contact :

Hasid ibrahim
0196287626

Tips:

Bawa insect repellent sebab kat pantai dia ada agas (sandfly).

Sumber: Feesya Ab Rahim

Next Post

Lelaki Ini Kongsikan Trip Jelajah Pantai Timur Dengan Kos RM530 Seorang

Memandangkan sempadan negara masih belum dibuka untuk aktiviti pelancongan, rata-rata rakyat Malaysia mengambil peluang untuk meneroka tanah air yang sememangnya masih banyak ‘hidden gems’ yang perlu dilawati. Menerusi Facebook, pemegang akaun Gideon Lee ini berkongsi trip beliau menjelajah pantai timur selama 5 hari 4 malam bersama 3 lagi rakan beliau. […]
Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Pulau Besar, Satu Lagi Destinasi Mesti Di Johor 9