fbpx

Memburu ‘Milky Way’ Dan ‘Stargazing’ Di Sabah, Trip Yang Wajib Anda Cuba!

Ahmad Suhael

Sejak di bangku sekolah lagi pastinya anda pernah mendengar perkataan Milky Way ataupun Bima Sakti. Atau pasti anda pernah melihatnya di buku teks sekolah bukan? Jika diingat kembali apa yang diajar, Milky Way iaitu satu galaksi yang terdapat di dalamnya sistem solar kita. Ianya adalah linkaran berjuta-juta cahaya yang membentuk spiral.

Milky Way tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana cahaya yang dihasilkan amat kecil untuk dilihat dari jarak bumi. Namun ianya boleh dilihat dengan penggunaan kamera canggih dengan tetapan ‘exposure’ yang lama untuk menyerap lebih cahaya.

Jika di Malaysia, Mersing antara lokasi yang digemari oleh jurugambar kerana dikatakan di kawasan Mersing mempunyai pencemaran cahaya yang lebih rendah berbanding dengan Cameron Highland. Ini bermaksud anda boleh mendapatkan Milky Way yang lebih jelas di sini di sekitar kawasan pantai.

Selain itu, Sabah juga antara tempat yang tepat jika anda ingin memburu Milky Way ini. Antara lokasinya ialah di Maragang Hill, di Kundasang, Sabah di mana menjadi lokasi bagi Fiza Hamid dan rakan-rakan ber’stargazing’ dan mempotretkan Milky Way. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

Memburu 'Milky Way' Dan 'Stargazing' Di Sabah, Trip Yang Wajib Anda Cuba! 1
Foto: Fiza Hamid

Kami memulakan pendakian daripada registration post jam 3pm. Naik 4×4 wheels ke starting point. Mendaki dalam 1.6km ke campsite dalam tempoh masa sejam.

Toilet ada disediakan. Tapi, tak boleh nak mandi. Punca air adalah 100% daripada air hujan. Ada rezeki, korang cuba datang sini. Support perlancongan tempatan. Guide dan porter adalah orang kampung. Mengikut kata guide kami, platform yang mereka bina pada tahun 2017 adalah daripada sumber kewangan yang mereka dapat daripada conservation fees. Inilah masanya untuk kita support local tourism.

Bayaran penuh camping di Maragang Hills:

  • Conservation fees – RM10
  • 4×4 wheels – Rm40 (1 kete)
  • Guide – RM 100 (Boleh jaga 5 orang)
  • Porter – Rm100 (kiteorng guna 2 porter)
  • sewa khemah 4 paxs – RM 20
  • Sewa Sleeping bag – RM 10
  • Sewa sleeping mattress – RM 5
  • makanan kami tapau dari bawah

Kami start photoshoot jam 10pm sampi 12am. Gigih guide dan porter kami setting camera untuk dapatkan gambar ni. Sejuk beku dekat atas tu.

Details pictures :
*Phone – Huawei P20 Pro with Tripod

  • Iso – 3200
  • Shutter speed – 30 second
  • EV – +4
  • Kevin White Balance – 4000
    Photographer : Guide Hali
    Ass. Photographer : Amir (buat lighting)

Baru-baru ini, ada Astro Awani membuat liputan untuk maragang Hills ni. Korang boleh tengok pengalaman salah seorang pemberita astro awani untuk pendakian ini.

View this post on Instagram

Maragang hill..salah satu tarikan di mesilou , kundasang.. . "Macamna mau kesini?" . 1) Buat tempahan terlebih dahulu (Call/Whatsapp) nombor yang diberi dalam Facebook Maragang HILL . . 2) Pergi ke Pejabat Pengurusan MEVOC ketika hari pendakian (rujuk map dibawah) . . 3) BAYAR YURAN : Bergantung kepada pakej yang anda pilih ketika membuat tempahan. Pakej LOOP TRAIL (RM170/group). Max seorang guide 5 orang pendaki. So, kalau 3 orang dalam RM57 seorang. . 4) TIDAK PERLU pandu kereta sendiri untuk ke Starting Point Pendakian Bukit Maragang. Pihak Pengurusan akan menyediakan kenderaan (sudah termasuk dalam pakej Yuran) . 5) Selamat mendaki..hahaha . Photo cc: @laaanngg . #kembarasabah #maraganghill #kundasang #sabah #jomkesabah2019 #visitsabah2019 #mesilou

A post shared by Pakej Percutian Bajet Sabah (@kembara_sabah) on

Sumber: Fiza Hamid

Next Post

Kisah Misteri Asal Usul Kejadian 'Dua Tanduk' Di Pulau Tioman Yang Pasti Ramai Belum Tahu!

PULAU TIOMAN ASALNYA SEEKOR NAGA ? GUNUNG NENEK SEMUKUT ADALAH TANDUK NAGA BETINA “SERI GUMUM” ? Menurut cerita dongeng orang dulu-dulu, asal-usul Pulau Tioman bermula daripada kisah seekor naga yang meninggalkan Tasik Chini selepas kalah dalam pertarungan dengan naga penghuni tasik tersebut iaitu Naga Seri Gumum. Ia diceritakan semula oleh […]
Memburu 'Milky Way' Dan 'Stargazing' Di Sabah, Trip Yang Wajib Anda Cuba! 3