fbpx

Kisah Misteri Asal Usul Kejadian ‘Dua Tanduk’ Di Pulau Tioman Yang Pasti Ramai Belum Tahu!

Ahmad Suhael

PULAU TIOMAN ASALNYA SEEKOR NAGA ? GUNUNG NENEK SEMUKUT ADALAH TANDUK NAGA BETINA “SERI GUMUM” ?

Menurut cerita dongeng orang dulu-dulu, asal-usul Pulau Tioman bermula daripada kisah seekor naga yang meninggalkan Tasik Chini selepas kalah dalam pertarungan dengan naga penghuni tasik tersebut iaitu Naga Seri Gumum.

Ia diceritakan semula oleh Ketua Kampung Tekek di pulau itu, Zulkarnain Abd Hamid ketika ditemui pada program penghantaran bekalan makanan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dan JKM ke Pusat Pangkalan Hadapan kampung itu, baru-baru ini.

Katanya, menurut cerita orang lama, selepas tewas kepada naga Seri Gumum, naga jantan bernama Daik itu membawa diri dengan berenang ke Kepulauan Riau yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Daik yang malu atas kekalahannya melarikan diri dan meninggalkan pasangannya sendirian di Tasik Chini.

Selepas menyedari kehilangan Daik, naga betina itu kemudian mengambil keputusan untuk keluar menjejak Daik kerana mula merindui pasangannya itu.

Katanya, dalam perjalanan merentasi perairan Mersing, naga betina itu dikatakan tersangkut pada sebuah bubu lalu terkena sumpahan dan bertukar menjadi sebuah pulau.

Pulau yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah Pulau Tioman yang mempunyai dua ‘tanduk’ iaitu di Gunung Nenek Semukut dan Batu Sirau.

Kisah Misteri Asal Usul Kejadian 'Dua Tanduk' Di  Pulau Tioman Yang Pasti Ramai Belum Tahu! 1
Foto via Facebook Sue Zanie

Bubu yang dilanggar oleh naga betina itu bukan sembarang bubu. Ia adalah bubu yang menjadi tempat kurungan pasangan adik-beradik yang dihukum kerana dituduh melakukan sumbang mahram.

Bubu itu dikatakan timbul dan tidak tenggelam ke dasar laut kerana mereka sebenarnya difitnah oleh penduduk kampung. Begitulah ceritanya menurut orang dulu-dulu.

View this post on Instagram

🏝 🌊

A post shared by Ashry Razak (@ashry.razak) on

Kerinduan yang ditanggung oleh Daik selepas berpisah dengan pasangannya menyebabkan naga itu turut menjelma menjadi pulau di Riau.

Jadilah ia Pulau Daik kerana kecewa menunggu pasangannya yang tidak kunjung tiba.

Menurutnya lagi, Pulau Daik yang kini berada di daerah Lingga, Kepulauan Riau itu mempunyai banyak persamaan dengan Pulau Tioman.

Antaranya adalah nama-nama kampung di pulau tersebut yang sama dengan kampung-kampung di Pulau Tioman seperti Mukut, Genting, Juara, Salang dan Paya.

Selain persamaan pada nama-nama kampung, kedua-dua pulau itu juga mempunyai bentuk yang cukup mirip kerana mempunyai puncak gunung berbentuk tajam seperti tanduk atau cula naga.

Cuma, Pulau Daik itu culanya ada tiga, Tioman culanya dua. Cula tiga itu tandanya si jantan dan cula dua itu tandanya si betina.

Jelas beliau lagi, persamaan nama-nama kampung itu turut membuktikan dakwaan yang mengatakan penduduk Pulau Tioman berasal dari Kepulauan Riau ada kebenarannya.

“Orang-orang terawal yang membuka penempatan di Pulau Tioman ini dipercayai adalah golongan pelayar dari Pulau Daik.

“Bila sampai ke sini, mereka abadikan nama-nama kampung yang ada di kampung asal mereka,” katanya.

Beruntungnya orang-orang di negeri Pahang kerana mempunyai sebuah pulau yang bukan hanya cantik malah penuh dengan sejarah lagendanya.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

berminat untuk mencuba aktiviti lasak di Pulau Tioman boleh layari laman sesawang Tioman Odyssey.

Sumber: Facebook Kerajaan Negeri Pahang

Next Post

A&W Buka Cawangan Pertama Dengan Konsep Retro. Lengkap Dengan Jukebox!

Selain menyediakan menu yang pelbagai dan makanan yang lazat, sebuah restoran makanan segera perlu menyediakan satu tarikan yang lain daripada yang lain untuk menarik pelanggan datang berkunjung. Terbaharu, A&W Malaysia membuka cawangan terbarunya dengan konsep era zama 60-an, 70-an dan 80-an. Apa yang menariknya, selain daripada hiasan dindin, tempat duduk […]
Kisah Misteri Asal Usul Kejadian 'Dua Tanduk' Di  Pulau Tioman Yang Pasti Ramai Belum Tahu! 3