fbpx

A&W Buka Cawangan Pertama Dengan Konsep Retro. Lengkap Dengan Jukebox!

Ahmad Suhael

Selain menyediakan menu yang pelbagai dan makanan yang lazat, sebuah restoran makanan segera perlu menyediakan satu tarikan yang lain daripada yang lain untuk menarik pelanggan datang berkunjung.

Terbaharu, A&W Malaysia membuka cawangan terbarunya dengan konsep era zama 60-an, 70-an dan 80-an. Apa yang menariknya, selain daripada hiasan dindin, tempat duduk bar dan perabot zaman dahulu, alat pemain muzik jukebox juga tersedia.

Cawangan baru yang terletak di Petaling Jaya Seventeen Mall di Seksyen 17 itu merupakan kedai ke-49 restoran makanan segera terbabit. Konsep retro yang diperkenalkan itu mengimbau kembali restoran A&W sebagai restoran makanan segera pertama yang dibuka di Malaysia pada tahun 1963.

“Kami teruja untuk membawa konsep retro baru A&W,” kata ketua pegawai eksekutif A&W Malaysia George Ang dalam siaran akhbar.

“Kami ingin mengembalikan ‘good old days’ dan pada masa yang sama menarik pelanggan muda masa kini dan moden.

Cawangan yang dibina dengan kos 1 juta itu boleh memuatkan lebih daripada 80 pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai ruang makan peribadi yang boleh memuat hingga 20 orang untuk majlis khas seperti ulang tahun atau pesta.

Dikatakan konsep retro yang serupa juga akan dibuka di Ipoh Parade.

Sumber: Malaymail

Next Post

Air Terjun 'Hidden Gems' Di Johor Untuk Anda Yang Suka 'Jungle Trekking' Sambil Main Air

Jika anda mencari tempat untuk meluang masa bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam di sekitar Johor semestinya tempatnya air terjun awam. Akan tetapi, tempat awam selalunya sesak khususnya hujung minggu disebabkan ianya dibuka kepada awam. Sebenarnya di Johor ada banyak lagi lokasi air terjun tersembunyi yang lebih cantik untuk diterokai. […]
A&W Buka Cawangan Pertama Dengan Konsep Retro. Lengkap Dengan Jukebox! 2