fbpx

Air Terjun ‘Hidden Gems’ Di Johor Untuk Anda Yang Suka ‘Jungle Trekking’ Sambil Main Air

Ahmad Suhael

Jika anda mencari tempat untuk meluang masa bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam di sekitar Johor semestinya tempatnya air terjun awam. Akan tetapi, tempat awam selalunya sesak khususnya hujung minggu disebabkan ianya dibuka kepada awam.

Sebenarnya di Johor ada banyak lagi lokasi air terjun tersembunyi yang lebih cantik untuk diterokai. Namun, untuk ke tempat-tempat ini bukanlah semudah disangka. Disebabkan ianya tidak boleh diakses dengan kereta, anda perlu meredah hutan untuk melihat sendiri air terjun ini.

Jadi jika anda seorang yang sukakan aktiviti jungle trekking tetapi secara bersantai sambil menikmati keindahan alam, antara lokasi yang boleh anda cuba ialah Pelepah Kiri, Hutan Pelajaran Gunung Pulai, Air Terjun Sri Medan, Lata Tengkorak dan Air Terjun Sungai Yong.

Penting! untuk ke lokasi ini ada yang perlukan permit. Ini penting kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, mudah ini pihak berkuasa mengesan anda. Mari lihat senarai lokasi air terjun yang kami nyatakan tadi.

1- Air Terjun Pelepah Kiri, Kota Tinggi

Terletak berdekatan dengan pintu masuk Air Terjun Kota Tinggi, dikatakan air terjun ini mempunyai 7 tingkat air terjun. Laluan pendakian akan meredah sungai dan air terjun sehinggalah tiba di Kem German di mana terletaknya campsite.

2 – Air Terjun di dalam Hutan Pelajaran Gunung Pulai, Kulai

Selain daripada air terjun di kawasan terbuka di Gunung Pulai, sebenarnya di dalam hutan pelajaran Gunung Pulai terdapat lagi satu air terjun. Bagi anda yang tidak pernah melalui jalur pendakian hutan pasti tidak tahu dengan kehadiran air terjun ini.

View this post on Instagram

😎😎😎

A post shared by Amirulzainal (@chemok_ajoy) on

3 – Air Terjun Sri Medan, Batu Pahat

Air terjun Sri Medan antara yang paling kurang diketahui ramai. Menurut pendaki bernama Haffiz, jalur pendakian untuk ke sini tidak banyak mendaki dan kebanyakannya rata. Untuk ke sini anda perlu parkir kereta di penghujung jalan Kampung Parit Jayus 4 Seri Medan. Hanya mengambil masa anggaran 25 minit untuk tiba ke air terjun.

4 – Lata Tengkorak, Kluang

Lata Tengkorak antara air terjun yang jauh ke dalam sama laluan untuk ke puncak ke Gunung Belumut. Air terjun ini mempunyai ketinggian anggaran 60 ke 70 meter. Disebabkan itu, ianya popular dikalangan pendaki untuk melakukan water abseiling.

5 – Air Terjun Sungai Yong, Kluang

Air terjun Sungai Yong juga antara yang popular dengan aktiviti water abseiling. Jika ke sini, anda boleh rasai pengalaman menaiki kereta 4X4 meredah selut. Terdapat berbelas-belas kolam bersaiz sederhana dan kecil yang dalam di hiasi pelbagai bentuk air terjun di sini. Namun, ianya tidak sesuai untuk mandi manda kerana kedalamannya boleh membahayakan.

Next Post

Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi

Perak sememangnya lokasi yang ideal untuk anda bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada Taiping yang merupakan bandar warisan. Ipoh juga salah satu daerah yang patut anda singgah jika ke Perak. Bandar ipoh penuh dengan rekaan dan senibina bangunan lama di zaman penjajahan kolonial yang masih kekal utuh untuk tatapan […]
Air Terjun 'Hidden Gems' Di Johor Untuk Anda Yang Suka 'Jungle Trekking' Sambil Main Air 2