fbpx

Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat ‘Instaworthy’ Untuk Anda Pergi

Ahmad Suhael

Perak sememangnya lokasi yang ideal untuk anda bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada Taiping yang merupakan bandar warisan. Ipoh juga salah satu daerah yang patut anda singgah jika ke Perak.

Bandar ipoh penuh dengan rekaan dan senibina bangunan lama di zaman penjajahan kolonial yang masih kekal utuh untuk tatapan generasi sekarang. Antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan bangunan-bangunan rumah kedai yang lain.

Selain itu, kedudukan bandar Ipoh yang diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur membuatkan bandar ini sebuah bandar yang unik.

Jika, sebelum ini kami ada kongsikan trip percutian ke Perak oleh warganet ke tempat-tempat yang menarik di Perak. Kali ini kami tambahkan satu lagi lokasi untuk anda masukkan dalam senarai destinasi percutian ke negeri seladang ini.

Lokasi yang kami maksudkan ialah Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village. Beralamat di Persiaran Pinggir Rapat 5A, 31350 Ipoh, Perak, lokasi ini sangat unik kerana masih mengekalkan suasana vintage seperti kembali ke zaman 60an ke 70an.

Perabut dan hiasan lama seperit pinggan mangkuk, teko, basikal tua, piring hitam, mesin jahit, motosikal lampu bulat yang diletakkan menambahkan lagi suasasana vintage di sini.

Selain itu, kawasan ini juga dikelilingi dengan bukit batu kapur dan ada tasik ditengah-tengahnya menambahkan lagi keunikan tempat ini.

Bagi yang ingin ke sini, waktu operasi hanya dari 9 pagi hingga 5 petang dan akan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 1
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 2
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 3
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 4
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 5
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 6
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 7
Foto via Facebook Pareza Nor
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 8
Foto via Facebook Pareza Nor
Next Post

Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda

Kebebasan dan peluang untuk melancong dalam negara di kala pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya tidak disia-siakan oleh rakyat Malaysia. Ditambah lagi dengan promosi yang dibuat oleh pemain industri pelancongan, sememamgnya membuatkan kita sukar membuat pilihan di manakah destinasi yang terbaik untuk keluarga. Jika anda sukakan pantai yang biru […]
Seakan Ke Pekan Cina Zaman Dahulu, Lokasi Di Perak Ini Sangat 'Instaworthy' Untuk Anda Pergi 10