fbpx

Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda

Ahmad Suhael

Kebebasan dan peluang untuk melancong dalam negara di kala pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya tidak disia-siakan oleh rakyat Malaysia.

Ditambah lagi dengan promosi yang dibuat oleh pemain industri pelancongan, sememamgnya membuatkan kita sukar membuat pilihan di manakah destinasi yang terbaik untuk keluarga.

Jika anda sukakan pantai yang biru berkilauan seperti kristal, destinasi pulau adalah satu pilihan yang tepat. Pulau Tioman adalah mungkin boleh anda jadikan destinasi anda.

Menerusi Facebook, lelaki bernama Mohd Helmi dan rakanya berkongsi itinerari dan kos percutian beliau ke Pulau Tioman pada bulan Julai lalu yang boleh anda jadikan rujukan. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda 1

Ye, pertama kali jejak Tioman tau. Orang lain dah berkali-kali ke sini, kita baru dapat peluang kali ni. Trip:17-20 Julai 2020

KOS:

  • Bas Sanwa pergi: RM35.90 TBS – Mersing (Busonline) + RM29.96 Mersing-TBS (Easybook). Siap ada rebate RM7.60.
  • Package Trip 3 hari 2 malam Puteri Salang Inn, Tioman Island: RM275. Triple bedroom include ferry return way, Snorkeling equipment, Penginapan, Excursion 1 day snorkeling Island hoping trip, plus free flow tea and coffee.
  • Total transport grab/mycar TBS: RM26
  • Souvenier: RM10 Fridge Magnet.
  • Makan:RM49.50
  • Marine Park Fee: RM5
  • Taxi Boat Monkey Bay: RM15
  • All In Cost = RM446.36

ITINERARI

17.07.2020

  • Bas TBS Ke Mersing jam 10.30pm.

18.07.2020

  • 3.30am sampai Mersing Jetty.
  • 6.60am Ferry bertolak ke Salang Jetty ambil masa 2 jam. Sampai boleh terus check-in hotel dan sarapan di food court depan Pantai. Serius weh Nasi Lemak Kak Rah berhantu. Sedap dan harga berpatutan.
  • Tengahari: Berjalan-jalan sekitar Pantai Kampung Salang je.
  • Petang: Snorkeling hanya di sekitar Jeti Pantai Kampung Salang. Sini juga point terbaik dah nak snorkeling dengan coral yang berwarna-warni.
  • Malam masak-masak dan makan-makan di penginapan je. Di sini tiada kemudahan alatan memasak, kena bawa sendiri ya.
  • Rehat dan tidur

19.07.2020

  • Excursion 1-Day Coral Island Package cover 4 points di Pulau Tulai: Batu Malang, Soyak/Shark Point, Teluk Genting, Dan Pasir Panjang
  • Semua tempat ada keistimewaan tersendiri. Ada yang punyai Pantai bak negara Maldives, ada yang penuh dengan corals berwarna-warni, ada yang dilatari dengan landskap batuan besar yang cantik, dan sebagainya. Sejujur ya ni pengalaman snorkeling terbaik saya di Malaysia!
  • Balik drop-off di Monkey Bay Beach, Tanah Besar Pulau Tioman. Sebuah pantai yang sangat cantik, tenang, cetek dan bersih.
  • Petang: Makan tengahari merangkap makan malam. Then jalan-jalan sekitar Kampung Salang sampai ke hujung.
  • Malam: Lepak mengopi di tepi pantai sambil layan bintang yang tak berapa star grazing nya.

20.07.2020

  • 7 am: Snorkeling di Kampung Salang for very last time.
  • 10 am: Ferry bertolak dari Jeti Salang ke Mersing.Tiba jam 12.30pm.
  • 1-4 pm: Mersing town untuk ke stesen Bas.
  • 4 pm: Bas Mersing ke TBS
  • Grab pulang ke rumah

Thanks to ArepLesNeuf, Nasrul Sallehudin.

Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda 2
Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda 3

Sumber: Mohd Helmi

Next Post

New Zealand Kembali Lockdown Selepas Lebih 100 Hari Tiada Kes Terbaru COVID-19

New Zealand kembali mengarahkan perintah lockdown di bandarnya, Auckland selepas lebih 100 hari bebas daripada kes terbaru COVID-19. Keputusan itu dibuat selepas New Zealand mencatatkan jangkitan tempatan terbaharu iaitu 4 kes daripada satu keluarga yang tidak mempunyai sejarah keluar negara. Keluarga terbabit kini masih di dalam tempoh kuarantin dan kontat […]
Pertama Kali Nak Ke Pulau Tioman? Ini Itinerari Dan Kos Untuk Rujukan Anda 5