fbpx

New Zealand Kembali Lockdown Selepas Lebih 100 Hari Tiada Kes Terbaru COVID-19

Ahmad Suhael

New Zealand kembali mengarahkan perintah lockdown di bandarnya, Auckland selepas lebih 100 hari bebas daripada kes terbaru COVID-19.

Keputusan itu dibuat selepas New Zealand mencatatkan jangkitan tempatan terbaharu iaitu 4 kes daripada satu keluarga yang tidak mempunyai sejarah keluar negara.

Keluarga terbabit kini masih di dalam tempoh kuarantin dan kontat rapat keluarga berkenaan dikenakan kuarantin selama 14 hari dan tidak dibenarkan meninggalkan pusat kuarantin selagi keputusan ujian belum negatif.

Jangkitan wabak terbabit dianggap misteri kerana tiada hubungan dengan kontak luar.

“Selepas 102 hari, kami menerima kes pertama COVID-19 luar dari kawasan kuarantin kami. Kami telah bekerja keras untuk mencegah senario ini. Justeru itu, kami sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini,” kata Jacinda.

Tindakan pantas New Zealand dipuji oleh WHO dan menjadikan negara berkenaan sebagai contoh yang perlu diikut oleh negara luar yang lain.

Sumber:
1. Nzherald
2. Marketwatch

Next Post

Thailand Tutup Sempadan Sehingga Penghujung Tahun 2020

Walaupun kebanyakan negara sudah pun membuka sempadan kepada warga asing, Thailand bagaimanapun akan tetap menutup sempadan mereka sehingga penghujung tahun 2020. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Gabenor bagi Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya sendiri ketika sidang webinar yang dianjurkan oleh Mekong Tourism dan TravelMole. Menurut beliau belum […]
New Zealand Kembali Lockdown Selepas Lebih 100 Hari Tiada Kes Terbaru COVID-19 2