Itinerari Percutian Ke Semporna dan Tawau. Wanita Ini Kongsikan Kecantikan Negeri Sabah!

Pastinya ramai yang tahu salah satu daerah di Sabah iaitu Kundasang popular dengan gelaran ‘New Zealand Malaysia’ oleh rata-rata rakyat Malaysia khususnya kepada yang pernah ke sana.

Sebenarnya ada lagi satu panggilan yang menggambarkan kecantikan negeri Sabah. Antaranya yang lain ialah panggilan ‘Maldives Malaysia’ disebabkan kecantikan pulau di daerah Tawau dan Semporna.

Pasir pantai yang putih dan air laut biru sangat terserlah melalui perkongsian yang dibuat oleh Nor Ashikin Ismail di Facebook. Perkongsian beliau ini mendapat lebih 20 ribu perkongsian dan 3 ribu sukaan! Jom baca di bawah ini.

Sabah Itinerary | 15 -18 July 2020

15/07, Wednesday

  • Penerbangan dari KUL ke TAWAU
  • Bergerak dari Tawau ke Pekan Semporna
  • Check in Luna Capsule
  • Makan di Semporna Corner Light View (SCLV)

16/07, Thursday

  • Dari Jetty Semporna ke Pulau Bum Bum
  • Check in Lato Lato Resort
  • Aktiviti Snorkelling (Pulau Timba2, Mataking, Pom Pom)
  • Aktiviti Kayak disediakan Lato Lato Resort

17/07, Friday

  • Dari Pulau Bum Bum ke Jetty Semporna
  • Makan di Anjung D’Samudera Seafood
  • Semporna Ocean Tourism Centre
  • Bergerak dari Semporna ke Pekan Tawau
  • Singgah di Tanjung Parapat
  • Check in City Garden Hotel
  • Makan Sri Titingan Seafood

18/07, Saturday

  • Tawau Tanjung Market
  • Pulang dari TAWAU ke KUL

Budget

  • Flight return KUL-TAWAU : RM 358 (boleh dpt murah lg if right timing)
  • Pengangkutan daripada Perkhidmatan Sewaan Van Berpemandu Tawau/Semporna : RM 40 return per person (Tawau|Semporna)
  • Penginapan di Luna Capsule, Semporna : RM 39 per person (RM 78, Deluxe Queen)
  • Penginapan di Lato Lato Resort (water house + tea time, dinner, breakfast) : RM 183 per person ( RM 366 , Standard Room)
  • Penginapan di City Garden Hotel, Tawau : RM 53 per person (RM 106 , Standard Twin Room)
  • Aktiviti Snorkelling with lunch box : RM 100
  • Makan-makan : RM 60
  • Not including shopping yaa. Spend more , budget mesti lebih.

“Plan sendiri, budget sendiri, pergi sendiri, barulah kesilapan dipanggil kenangan”

Sumber: Nor Ashikin Ismail