fbpx

3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, ‘Newbie’ Pon Boleh Daki!

Ahmad Suhael

Bagi menyokong semula industri pelancongan & ekonomi negara yang terjejas teruk akibat Covid 19, saya dan rakan-rakan telah melakukan aktiviti mendaki gunung dan bukit di negeri Jelapang padi Kedah dan Perlis pada 11-13 Julai 2020.

Dan dengan izinNya, alhamdulillah kami berjaya mendaki dan selamat sampai ke puncak:

  • Gunung Pulai, Kedah (620 meter)
  • Bukit Chabang, Perlis (390 meter)
  • Bukit Kodiang, Kedah (140 meter)

Pengalaman pendakian 1 Gunung + 2 Bukit yg berbeza diwaktu hujan memang menguji air mata kami untuk jatuh mengalir.

Trip ‘kayangan’ kami ini dimulakan dengan menaiki bas express untuk perjalanan ke Baling, Kedah.

11 Julai 2020 | Gunung Pulai 620 meter

3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, 'Newbie' Pon Boleh Daki! 1
Puncak Gunung Pulai

Pendakian kami bermula agak lewat memandangkan ada perkara kecemasan yang tidak dapat kami elakkan.

Pendakian kedua bagi aku kali ini agak berbeza dengan pendakian pertama pada 5 tahun lepas ketika Gunung Pulai ini sedang terbakar ketika itu.

Sepuluh minit pertama kami dihidangkan dengan trek mencanak dengan 70-85 darjah! Batu-batu tajam yang kami harungi sepanjang trek ini sedikit sebanyak memperlahankan rentak pendakian. Kami terpaksa beraksi ala-ala spiderman untuk mengelakkan dari bahaya batu tajam ini.

Setelah mengharungi 2 jam perjalanan trek yang super ‘friendly’ kami berjaya sampai ke puncak Gunung Pulai!

Perlu diingatkan perjalanan ketika turun akan lagi mencabar sekiranya hari hujan pada sebelah malam dan hujan turun ketika itu.

Akibat hujan ketika itu, peserta terakhir yang selamat turun adalah pada 6.15 petang. Seteruanya kami bersiap dan berdandan seadanya sebelum menikmati makan malam dan seterusnya menuju ke Kodiang, KEDAH untuk bermalam di homestay.

Kami selamat sampai di homestay pada jam 11.30 malam.

12 Julai 2020|Bukit Chabang 390 meter

3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, 'Newbie' Pon Boleh Daki! 2
Puncak Bukit Chabang

Jam 5.15 pagi ketika aku masih dibuai mimpi serta kepenatan yang masih belum sempat dipulihkan akibat pendakian di Gunung Pulau pintu rumah diketuk beberapa kali oleh kawan kawan dengan ganasnya.

Alamak!!! dah lewat….

Cadangan awal kami akan bersolat subuh di Arau sebelum terus menuju ke kaki Bukit Chabang. Alhamdulillah dengan skill mandi kartun dan cara pemanduan aku ketika itu, kami sempat juga sampai awal ke kaki bukit Chabang.

Bukit Chabang, Perlis ketika ini popular dengan view awan nano atau awan kepul-kepulnya. Dengan ketinggian hanya 390 meter Bukit Chabang ini tetap menguji air mata kami untuk menyembah bumi. Sama dengan Gunung Pulai, pendakian berbatu tajam, berlubang dan juga curam 80-90%. Bukit Chabang ini menyukarkan lagi misi kami untuk menikmati awan nano di puncak.

Jangan lupa bawa air minuman secukupnya kerana bukit ini akan ‘mendahagakan’ tekak anda dengan cepat!

Setelah selesai turun dan menikmati Laksa Kak Su Kuala Perlis, kami kembali ke homestay pada jam 4 petang untuk berehat sebelum pendakian seterusnya pada sebelah petang.

12 Julai 2020 | Bukit Kodiang 140 meter

3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, 'Newbie' Pon Boleh Daki! 3
Permandangan Bukit Kokdiang @ Bukit Mokcun

Hujan lebat pada petang 12 Julai telah melambatkan pendakian kami ke Bukit Kodiang. Kami hanya memulakan pendakian pada jam 6.00 petang dengan keadaan batu-batu licin serta jalan berlumpur.

Ketika pendakian pertama aku pada 2018, kami hanya mengunakan kaedah ‘rock climbing’ dengan tali-tali yang diikat ke batu Bukit Kodiang ini. Sekarang ini mendaki di Bukit Kodiang agak mudah kerana adanya tangga-tangga yang disediakan untuk para pendaki.

Dengan berketinggian 140 meter, pendakian ke puncak Bukit Kodiang ini tidak boleh diambil mudah. Skil rock climbing perlu ada ketika pendakian dijalankan.

Skil mendaki batu juga diperlukan di samping kekuatan mental dan fizikal terutamanya di bahagian lengan dan kaki bagi memastikan anda tidak berputus asa ketika sedang bergayut di batu-batu yang curam ketika itu.

Setelah selesai menikmati pemandangan panorama jelapang padi dari puncak Bukit Kodiang ini, kami semua selamat turun pada jam 7.45 malam!

Saya kongsikan luahan kata dari kawan-kawan kami,

“Sumpah trek dia amat kejam!”
“Trek berbatu, mencanak-canak, tajam dan gayat”
“Hampir nak menangis tapi belom lagi”
“Tobat lahum tak nak repeat dah”

Review Atesya Homestay

3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, 'Newbie' Pon Boleh Daki! 4
Atesya homestay, Kodiang Kedah

Homestay yang mempunyai 2 bilik bagi setiap rumah. Keadaan rumah dan sekeliling yang amat bersih. Layanan owner Hj Shafie yang sangat friendly serta baik kepada semua tetamu homestay beliau.

Homestay ini sangat berdekatan dengan Bukit Kodiang dan kira-kira 20 minit jarak ke Kuala Perlis.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan di sini boleh menghubungi, Haji Shafie Isa 010-847 3859 atau 013-504 2144

Terima kasih kepada kawan-kawan yang turut serta join trip pendakian kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Kedah dan juga Perlis.

“Biar Jasa Jadi Kenangan”

Perkongsian asal oleh Mohd Nizam Zambari

Next Post

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada Jun lalu, banyak aktiviti sukan telah dibenarkan. Aktiviti mendaki, berlari dan riadah telah pun dibenarkan dengan mengikut SOP. Kebenaran terbabit tidak memberi masa yang lama kepada pihak pengurusan pendakian Gunung Kinabalu untuk membuka jalur pendakian kepada pendaki. Namun, beberapa peraturan baru telah […]
3 Lokasi Pendakian Wajib Jika Anda Ke Kedah & Perlis. View Sangat Cantik, 'Newbie' Pon Boleh Daki! 6