fbpx

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP

Ahmad Suhael

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada Jun lalu, banyak aktiviti sukan telah dibenarkan. Aktiviti mendaki, berlari dan riadah telah pun dibenarkan dengan mengikut SOP.

Kebenaran terbabit tidak memberi masa yang lama kepada pihak pengurusan pendakian Gunung Kinabalu untuk membuka jalur pendakian kepada pendaki.

Namun, beberapa peraturan baru telah diperkenalkan kepada pendaki untuk pendakian di waktu PKPP. Pengalaman tersebut telah dirasai oleh lelaki bernama Darryl Delek Binijin ketika mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu pada 31/7/2020 ke 1/8/2020 yang lepas.

Mari baca perkongsian beliau di bawah:

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP 1

Untuk sampai ke puncak gunung bukan senang. Pastikan mental dan kecergasan fizikal kamu bersedia secukup-cukupnya tau. Sebab macam-macam cabaran dan dugaan yang kita hadapi sepanjang perjalanan ke puncak. Air mineral mesti cukup. Saya bawa 1 botol besar 1.5L and botol mineral kecil. Takut berat beg. Tapi jangan risau setiap pondok ada tempat ambil air, tandas, dan juga tong sampah. Jangan buang sampah di sepanjang perjalanan ya. Sebab tiada cleaner sana. Hormat gunung.

Guider cakap cuaca di atas gunung berubah-ubah. Kadang-kadang hujan, kuat angin, kabus tebal, batu/kayu/tanah licin dan bermacam lagi. Kalau cuaca bagus kamu la paling beruntung dapat tengok sunrise. Apa-apa pun jangan lupa berdoa ikut agama masing-masing sebelum mendaki.

Barang dan alatan yang saya bawa mendaki :

  1. Beg kecil x1 (boleh muat barang-barang penting)
  2. Head light x1
  3. Jacket tebal x1 (waterproof & windbreaker is better)
  4. Extra baju sejuk x1
  5. Raincoat x1
  6. Ubat-ubatan penting (ubat AMS, ubat muscle-yokoyoko dan banyak lagi boleh tanya mr. google)
  7. Snowcap (untuk cover kesejukan kepala)
  8. Hand gloves x2 (mana tahu basah sebab tali di puncak basah)
  9. Stoking x2 (mana tahu basah juga semasa naik)
  10. Tongkat (sewa je dengan guider RM10 jimat)
  11. Kasut x1 (getah dan tahan. Takut tercabut atau licin. Pakai adidas kampung pun boleh yang mcm saya guna tu. Sebab ramai juga orang guna termasuk guider yang saya nmpak)
  12. Tuala tak perlu bawa. Ada kena sedia dekat homestay di Panalaban. Tak perlu mandi juga sebab sejuk sangat air gunung atas tu. Hahaha
  13. Body warmer x1 (Pakai time malam/subuh)
  14. Hand warmer x1 (pakai time malam/subuh)
  15. Coklat
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP 2
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP 3

Banyak lagi barang-barang yang perlu bawa sebenarnya tapi ini sahaja yang saya bawa untuk mendaki. Kalau mahu tahu boleh tanya mr. google juga.

Okay last, tidak mahu cakap banyak. Biar gambar berbicara. Satu sahaja la nasihat, tidak perlu berlumba-lumba sama dengan orag lain untuk mendaki. Slow & steady ja bilang tu guider. Kalau penat rehat di tepi. Minum air. Update status. Tapi kejar masa ja la. Takut gelap.

Pastikan sampai di Panalaban dalam sekitar sebelum 4.30pm. Sebab tu masa dinner sudah kena sedia. Jadi jalan awal jawapan dia. Haha. Pastu free time sampai jam 2 pagi. Jadi ambil masa untuk rehat masa tu. Jam 1.30 pagi boleh breakfast pastu jam 2.30 pagi sambung mendaki ke puncak gunung. Gelap wei. Sejuk sangat wei. Ini yang paling mencabar.

Pasti sampai di Sayat-Sayat sebelum jam 5.30 pagi. Selepas tu kena tutup last check point. Turun dari puncak ke Panalaban dalam sekitar jam 9.30 pagi sebab masa tu ada breakfast lagi. Jam 10.30 pagi mula turun ke Timpohon. Pastikan sampai dalam sekitar jam 3.30 petang. Target ja. Sebab jam 5 petang ofis tutup untuk ambil makanan yang terakhir. Rugi tak dapat makanan free nanti.

Banyak lagi mahu cakap sebenarnya tapi nanti jadi buku novel pula. Hahaha. Kalau mahu tahu bah mengopi kita di restoran.

Sumber: Darryl Delek Binijin

Next Post

Pertama Di Dunia, Resort Di Pulau Redang Ini Tawar Bermain Badminton Di Lautan

Bila bercuti di pulau atau pantai aktiviti bermain air seperti snorkeling dan mandi laut sangatlah biasa. Adapun aktiviti lain seperti jetski dan board surfing mungkin memerlukan skil. Selain itu sukan yang boleh dimainkan ketika bercuti di pulau dan pantai seperti bola sepak pantai dan bola tampar pantai pula memerlukan peserta […]
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Waktu PKPP 5