fbpx

Pertama Di Dunia, Resort Di Pulau Redang Ini Tawar Bermain Badminton Di Lautan

Ahmad Suhael

Bila bercuti di pulau atau pantai aktiviti bermain air seperti snorkeling dan mandi laut sangatlah biasa. Adapun aktiviti lain seperti jetski dan board surfing mungkin memerlukan skil.

Selain itu sukan yang boleh dimainkan ketika bercuti di pulau dan pantai seperti bola sepak pantai dan bola tampar pantai pula memerlukan peserta yang ramai. Jarang sekali kita dapat satukan aktiviti main air sambil itu boleh bersukan seperti apabila di darat seperti bermain badminton.

Tahukah anda sebenarnya anda boleh bermain badminton di tengah-tengah lautan? Pengalaman tersebut anda boleh rasai di The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang.

Bagi merealisasikan idea tersebut, kolaborasi antara Malaysia Badminton Experience dengan The Taaras Beach & Spa Resort tampil dengan tarikan terbaru iaitu ‘Shuttle at Sea’ untuk pengunjungnya. Ini merupakan gelanggang terapung di lautan nombor satu di dunia.

Tarikan ini pastinya unik dan menyeronokkan kerana anda bukan sahaja perlu bermain badminton seperti biasa tetapi perlu mengawal diri dan badan anda daripada ter’ciduk’ ke dalam air. Pasti ada yang bakal gelak sakan apabila melihat pihak lawan jatuh ke dalam air.

Next Post

Bekas Tapak Kaki Dinosour Ditemui Di Kelantan

Percayakah anda kewujudan spesis haiwan dinosour? Kewujudannya secara berdepan dengan mata kasar sememangnya tidak mampu dibukti dengan gambar namun ianya terbukti wujud dengan bukti-bukti penemuan fosil-fosil oleh penyelidik haiwan ini. Haiwan dinosour ini juga dikatakan pernah wujud dan hidup di Malaysia khususnya negeri Kelantan. Ini disokong oleh penemuan tujuh fosil […]
Pertama Di Dunia, Resort Di Pulau Redang Ini Tawar Bermain Badminton Di Lautan 2