Bekas Tapak Kaki Dinosour Ditemui Di Kelantan

Percayakah anda kewujudan spesis haiwan dinosour? Kewujudannya secara berdepan dengan mata kasar sememangnya tidak mampu dibukti dengan gambar namun ianya terbukti wujud dengan bukti-bukti penemuan fosil-fosil oleh penyelidik haiwan ini.

Haiwan dinosour ini juga dikatakan pernah wujud dan hidup di Malaysia khususnya negeri Kelantan. Ini disokong oleh penemuan tujuh fosil tapak kaki dinosour oleh Penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Penemuan itu dibuat penyelidik daripada Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK yang menemui kesan tapak kaki dipercayai spesies Sauropod dianggarkan berusia 66 juta hingga 160 juta tahun.

Ekplorasi itu diketuai Pensyarah FSB UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Prof Surono Martosuwito serta disertai Prof Udi Hartono serta Mohd Syakir Sulaiman.

Ketua penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Arham Muchtar Achmad Bahar dari Fakulti Sains Bumi (FSB) menunjukkan fosil kesan tapak kaki didakwa dinosour yang ditemui di Bukit Panau,Jeli,Tanah Merah,Kelantan.

“Penemuan ini membuktikan satu masa dulu, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan,”

Katanya lagi saiz tapak kaki yang bersaiz purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang ditemui itu adalah daripada spesies dinosour Sauparod dan dikenali sebagai haiwan terbesar hidup di muka bumi ini.

Kumpulan penyelidik terbabit telah pun menghabiskan lebih 10,000 jam menyiasat dan penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2016 lagi.

Beliau berharap, penemuan itu akan mendapat maklum balas positif semua pihak bagi meneruskan kajian ini malah pihaknya percaya masih terdapat banyak lagi fosil dinosaur yang tersimpan di dalam batuan Bukit Panau.

Sebelum ini, kumpulan penyelidik yang sama pernah membuat kajian menjejak fosil dinosaur di Taman Negara Kuala Koh dan sekitar hutan di Gua Musang bagi membuktikan kewujudan dinosaur yang pernah mendiami Kelantan.

Sumber: Berita Harian