Dibuka pada 31 Ogos 2020 untuk orang awam, FRIM Forest Skywalk atau dikenali Jejantas Rimba yang terletak di Taman Botanical Kepong (BTK) ini merupakan satu lagi tarikan menarik yang wujud di kawasan bandar untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Ketinggian jejantas yang mencapai 18 ke 50 meter dan 250 meter panjang yang dibina menawarkan sudut 360 darjah untuk pengunjung melihat sendiri permandangan Lembah Klang.
Menerusi Facebooknya,FRIM mengatakan melalui jejantas ini anda boleh melihat botanical gardens, KLCC, TRX, Tun Razak Exchange, Telekom Tower dan juga KL Tower! Ini bermakna anda boleh melihat sejauh 30km dari tempat anda berdiri.
Pembukaannya walaubagaimanapun akan mengikut SOP yang ditetapkan. Jadi orang ramai yang ingin ke sana perlu tahu dahulu apa perkara yang ditetapkan seperti di bawah ini:
- Terhad 150 orang untuk satu hari.
- Terhad 10 orang di Skywalk pada satu-satu masa.
Jadi jika anda bercadang untuk ke sini secara berkumpulan 10 orang dan lebih, tempahlah lebih awal untuk memudahkan pengurusan dan juga penunjuk arah.
Berikut adalah caj yang dikenakan kepada pengunjung:
- Pelajar (Umur 7 – 17): RM8 | RM25*
- Dewasa: RM15 | RM 40*
- Senior: RM 10 | RM40*
- Kakitangan FRIM: RM8
- Bayaran tambahan untuk menara 50 meter (Umur 13 tahun ke atas): RM5 | RM10*
- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.
- *bukan warganegara Malaysia
Pastikan juga anda memakai pakaian yang sesuai seperti kasut sukan dan memakai seluar, supaya ianya lebih selamat untuk anda.
Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:
- Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
- Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
- Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan
Sumber: Facebook FRIM