fbpx

AirAsia Kenakan Caj Untuk Daftar Masuk Di Kaunter

Ahmad Suhael

AirAsia mengumumkan caj daftar masuk melalui kaunter dikenakan di beberapa lapangan terbang terpilih sebanyak RM20 seorang untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa.

Bagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan bagi pelanggan yang mendaftar masuk melalui kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih atau laman web AirAsia.

Antara lapangan terbang yang terlibat dengan caj terbabit ialah di kaunter lapangan terbang Malaysia, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laoes serta Taipei, Kaohsiung dan Honolulu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik, perlaksanaan caj ini adalah untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital yang mana syarikat penerbangan tersebut telah membelanjakan kos yang besar untuk meningkatkan kecekapan operasi serta kemudahan pengguna.

“Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami.

Setakat ini respon yang diterima bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri adalah baik setakat ini.

Bagaimanapun, pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter akan diberikan kepada tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta beberapa pengecualian lain.

Sumber: AirAsia Newsroom

Next Post

Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba!

Negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis sememangnya popular dengan kecantikan bendangnya. Jika anda datang pada waktu yang tepat, kehijauan sawah padi sememangnya menyejukkan mata memandang. Itu baru melihatnya dari bawah, apatah lagi permandangannya jika dilihat dari atas. Jika anda ke Perlis dan Kedah, mendaki ke Bukit Kodiang […]
AirAsia Kenakan Caj Untuk Daftar Masuk Di Kaunter 2