Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba!

Negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis sememangnya popular dengan kecantikan bendangnya. Jika anda datang pada waktu yang tepat, kehijauan sawah padi sememangnya menyejukkan mata memandang.

Itu baru melihatnya dari bawah, apatah lagi permandangannya jika dilihat dari atas. Jika anda ke Perlis dan Kedah, mendaki ke Bukit Kodiang dan Bukit Jernih sememangnya satu kemestian jika anda sukakan kelainan di dalam trip anda.

Menerusi Facebook, lelaki bernama Helmi Baharum ini berkongsi itinerari beliau ke Perlis dan Kedah secara backpacker sambil hiking di sana. Jom baca perkongsian beliau.

Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 2
Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 3

KOS

  • Flight Airasia pergi balik KL-Alor Setar: RM24
  • Bee Garden Motel double room: RM26/ malam x 2
  • Total transport (mycar, bas & tren): RM37.70
  • Souvenier: Glove kedai Eco RM2 nak hiking
  • Guider: Harga deal dgn guider sendiri, honestly tak mahal.
  • Makan minum:RM37.70

Kos Keseluruhan = RM163.40

Hari Pertama : 26.6.2020

  • Flight dari KL-Alor Setar. 8.30pm terus gerak KLIA lepas kerja.
  • Mycar Airport – Hotel RM12.90 (mahal dari harga flight aku, huhu)
  • Check in Hotel The Space Inn RM52 untuk dua malam.
  • Dinner di warung dan ke Menara Alo Setar je.

Hari Kedua : 27.6.2020

  • Mycar RM5 ke Tren Keretapi
  • Tren kedua (pertama terlepas) Alor Setar – Bukit Keteri, Kangar 7.39am, sekitar 1 jam perjalanan sampai di Stesen Bukit Keteri (stesen antara Arau-Padang Bsr) RM3.80
  • Amin anak Cikteh ambil di stesen Keteri- naik motor ke Kaki Bukit Jernih (lebih kurang jarak 3km).Terima kasih amin.
  • Pendakian bermula: View Superb kebabom. Sesiapa nak ke atas tolong guna guider (Highly recommended ambil guider dengan Citteh BJ, servis dia dan anak dia memang gred A+), kalau tak ada mereka berdua belum tentu dapat cari trail ke atas, diorang pun tolong ambilkan gambar dan jaga keselamatan kita. Kalau rasa servis diorang overexpectation, silalah bagi extra tips ok sayang.
  • Tengahari: Makan di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer, Perlis. Terima kasih sangat kepada hamba allah yang belanja makan makanan kampung. Sedap. Seronok jumpa kawan-kawan baru juga, nanti kita hiking tempat lain pulak ya.
  • Cikgu Pah, terima kasih juga hantar pulang ke Arau. Rehat dan makan di Arau pula sebelum pulang Kedah.
  • Tren 4.30pm Arau-Alor Setar RM3.20
  • Mycar Alor Setar-Aman Central RM5 .Then makan lagi.
  • Petang:rehat dan tidur
  • Malam: Dinner di Iman Kuey teow kerang, Terima kasih kepada hamba Allah lain pula yang belanja malam tu. Sedap kuey teownya.
  • Jalan-jalan night walking di sekitar Menara Alor Setar, Dataran dan Masjid Zahir sebelum dihambat balik oleh pak polisi sebab meriah sangat di dataran malam tu tanpa jarak sosial sesuai. Apapun tahniah Kedah dah zon hijau.
Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 4
Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 5

Hari Ketiga : 28.6.2020

  • Tidur sampai 11 pagi
  • 12.00 Makan di warung belakang Aman Central
  • 12.30pm: Naik Bas Mara dari Aman Suri Residence, sebelah Aman Central ke Kampung Kodiang Lama RM4.40. Kemudian jalan kaki dalam 15 minit ke kaki bukit Kodiang. Kira macam warm up dulu. Tapi confirm view sawah bawah tu dah panggil-panggil korang sebelum daki Bukit Kodiang.
  • Pendakian solo bermula seawal anggaran 1.45pm.
  • Dalam pukul 6 pm baru turun setelah ke beberapa point seperi Batu Gantung, View Side Kereta Api & Side Lebuh Utama Jitra-Arau dan di Puncak Bukit Kodiang.
  • 6 Pm: Bas Mara naik dari Kampung Kodiang Lama ke Persimpangan Airport Alor Setar (Depan TH Hotel) RM3.40.
  • Makan Nasi Arab kemudian jalan kaki ke airport je. Terima kasih ada abang baik tumpangkan on the way jalan kaki ke airport. Orang Kedah sempoi baq hang!
  • Flight pulang ke KL 9.30pm. tamat
Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 6
Hiking Backpacker Style Di Utara Semenanjung. Trip Yang Mesti Anda Cuba! 7

*Credited with thanks kepada kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa k.

Sumber: Helmi Baharum