fbpx

Tak Tahu Nak Ke Mana? Syarikat Ini Bakal Tawar Penerbangan Tanpa Destinasi

Ahmad Suhael

Ekoran wabak pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, kebanyakan negara amat terkesan terutamanya sektor pelancongan akibat penutupan sempadan untuk aktiviti pelancongan.

Jika sebelum ini syarikat penerbangan di Taiwan menawarkan trip yang unik kepada pelanggan dengan trip palsu. Trip palsu bermaksud di sini adalah trip yang hanya dibuat untuk mengembalikan kerinduan pelancong tegar merasai semula pengalaman menaiki kapal terbang.

Namun, terbaharu syarikat penerbangan Singapore Airlines pula dikatakan bakal menawarkan trip yang jauh lebih unik iaitu penerbangan tanpa destinasi. Trip ini termasuk perjalanan pergi dan balik di lapangan terbang yang sama.

Singapore Airlines lebih terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 berbanding syarikat penerbangan di Malaysia kerana syarikat itu tidak menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik. Justeru idea penerbangan tanpa destinasi ini adalah usaha untuk meransang semula peniagaan syarikat terbabit.

Menurut laporan Straits Times, penerbangan daripada Lapangan Terbang Changi dijadualkan bermula penghujung Oktober ini dan turut dipakejkan bersama penginapan di hotel, baucar membeli belah dan perjalanan feri limosin yang mana setiap penerbangan dijangka mengambil masa tiga jam.

Sebanyak 75 peratus dari 308 peserta menyatakan persetujuan membeli tiket bagi penerbangan tanpa destinasi terbabit.

Selain SIA, pada bulan lalu, beberapa syarikat penerbangan di Jepun dan Taiwan turut melancarkan kempen sama antaranya All Nippon Airways (ANA) dan Starlux Airlines.

Sumber: Berita Harian