fbpx

Pendakian Gunung Kinabalu Ditutup Gara-gara Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19

Ahmad Suhael

Penularan wabak COVID-19 di Sabah ketika ini memberi kesan bukan sahaja kepada sektor pelancongan di pulau-pulau sabah, pendakian Gunung Kinabalu juga terkesan.

Mulai 25 September sehingga 8 Oktober 2020 jalur pendakian ke puncak Gunung Kinabalu terpaksa ditutup sementara seperti yang dimaklumkan dilaman Facebook Mount Kinabalu.

Pendakian Gunung Kinabalu Ditutup Gara-gara Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19 1

Penutupan ini dibuat selepas didapati seorang pendaki dari Tawau yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 didapati positif.

Tempoh penutupan ini membolehkan pihak Kompleks Taman Kinabalu melakukan proses sanitasi dan nyah kuman secara menyeluruh ke atas kemudahan serta fasiliti pelancongan di sepanjang laluan pendakian.

Ujian saringan ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit sedang dilakukan.

Pihak mereka turut mengumumkan sedang menghubungi para pelancong yang terkesan dengan penutupan sementara Gunung Kinabalu dalam menawarkan altenatif lain dan pada mereka yang membuat tempahan pada tempoh berkenaan diminta untuk menghubungi mereka.

Next Post

Keunikan 'Light Pillar', Antara Fenomena Alam Semulajadi Yang Susah Nak Jumpa!

Sun Pillar atau dipanggil Light Pillar jika dilihat pada mata kasar seakan satu lorong cahaya menegak dimana turunnya makhluk asing seperti di dalam filem-filem animasi. Di dunia yang nyata ini, ianya merupakan satu fenomena cahaya memanjang ke atas atau ke bawah dari sumber cahaya terang seperti cahaya matahari, bulan dan […]
Pendakian Gunung Kinabalu Ditutup Gara-gara Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19 3