fbpx

Singapore Airlines Ubah Pesawat Airbus A380 Jadi Restoran

Ahmad Suhael

Pelbagai cara dan strategi dibuat oleh syarikat-syarikat penerbangan bagi memastikan kesinambungan kewangan mengalir masuk ke dalam syarikat. Selain daripada menawarkan promosi tiket penerbangan, pelbagai idea unik timbul asalkan dapat membuatkan pesawat tidak hanya parkir tidak bergerak.

Jika sebelum ini Taiwan menawarkan trip palsu untuk rakyatnya dan Singapore Airlines pula ini bakal menawarkan trip penerbangan tanpa destinasi, sekali lagi Singapore Airlines dikatakan bakal merancang utnuk menukarkan pesawat kepada restoran menurut laporan Nikkei Asia.

Berbanding negara jirannya Malaysia, Singapure tidak mempunyai penerbangan domestik bagi memastikan pesawat mereka kekal terbang dan beroperasi di waktu kebanyakan negara masih menyekat sempadan negara masing-masing.

Selain daripada menjadikan pesawat terbesar mereka iaitu Airbus A380 kepada restoran, syarikat terbabit juga bakal menawarkan perkhidmatan penghantaran makan ke rumah pelanggan dan lawatan ke pusat latihan syarikat terbabit.

Initiatif ini selain dapat memberi nafas baru kepada syarikat Singapore Airlines, ianya juga sebagai langkah untuk mengekalkan hubungan syarikat terbabit dengan para pelanggan yang setia selama ini menyokong mereka.

“COVID-19 telah mengurangkan jumlah penerbangan yang dikendalikan oleh Kumpulan SIA secara drastik, kami telah melakukan aktiviti unik yang membolehkan kami berinteraksi dengan peminat dan pelanggan kami selama ini,”

kata Goh Choon Phong, CEO Singapore Airlines (SIA) .

Buat para pelanggan yang ingin merasa sendiri pengalaman menjamu selera di atas kapal terbang bertingkat A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Mereka boleh memilih kelas kabin dan menu berbeza yang akan disediakan oleh chef antarabangsa. Lebih unik lagi, pelanggan yang hadir dengan memakai pakaian tradisional akan menerima hadiah istimewa.

Selain SIA, Thai Airways juga telah mengambil langkah yang drastik dengan mengubah kafe ibu pejabat Bangkok menjadi restoran yang bertemakan syarikat penerbangan, ia dihiasi dengan tempat duduk pesawat serta pekerja restoran yang berpakaian kru kabin.

Sumber: Nikkei Asia, One Mile At A Time

Next Post

Pendakian Gunung Kinabalu Ditutup Gara-gara Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19

Penularan wabak COVID-19 di Sabah ketika ini memberi kesan bukan sahaja kepada sektor pelancongan di pulau-pulau sabah, pendakian Gunung Kinabalu juga terkesan. Mulai 25 September sehingga 8 Oktober 2020 jalur pendakian ke puncak Gunung Kinabalu terpaksa ditutup sementara seperti yang dimaklumkan dilaman Facebook Mount Kinabalu. Penutupan ini dibuat selepas didapati […]
Singapore Airlines Ubah Pesawat Airbus A380 Jadi Restoran 2