Keunikan ‘Light Pillar’, Antara Fenomena Alam Semulajadi Yang Susah Nak Jumpa!

Sun Pillar atau dipanggil Light Pillar jika dilihat pada mata kasar seakan satu lorong cahaya menegak dimana turunnya makhluk asing seperti di dalam filem-filem animasi.

Di dunia yang nyata ini, ianya merupakan satu fenomena cahaya memanjang ke atas atau ke bawah dari sumber cahaya terang seperti cahaya matahari, bulan dan juga apa-apa sumber cahaya.

Fenomena ini terjadi disebabkan oleh pantulan cahaya di permukaan berjuta-juta kristal ais yang jatuh ke bumi secara mendatar di ruang atmosfera bumi. Semasa waktu cuaca yang sejuk, berjuta-juta kristal yang berkumpul di ruang bawah atmosfera dipanggil diamond dust.

Related Post
Illustrasi kejadian Light Pillar

Oleh kerana ianya berlaku berkaitan dengan kristal ais, ianya hanya boleh berlaku ditempat sejuk, terjadi pada waktu pagi, senja dan juga malam.

Sumber: The New York Times

This website uses cookies.