fbpx

KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba!

Ahmad Suhael

Pada zaman dahulu, penggunaan keretapi sangat penting dalam menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain. Pembinaan landasan banyak dibuat dalam membantu sektor ekonomi ketika suatu masa dahulu berbanding jalan raya.

Namun, peredaran zaman yang semakin moden telah mula menggantikan kereta api dengan kereta. Pembinaan lebuhraya dan sambungan jalanraya pula diperbanyakkan untuk memudahkan perhubungan antara tempat.

Pelbagai lebuhraya pula dibuka seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan West Coast Expressway (WCE) banyak memudahkan rakyat Malaysia untuk ke serata pelusuk negara.

Namun begitu, penggunaan keretapi masih tidak dilupakan. Walaupun masih mengekalkan landasan yang sama dan gerabak yang biasa dari luarannya. Ianya tetap menjadi pilihan sesetengah orang.

Ini kerana, perjalanan menggunakan keretapi tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas. Malah, permandangan yang disajikan adalah lain dari yang lain dan yang pastinya bebas daripada pencemaran karbon monoksida.

Mungkin ramai yang tidak tahu, anda yang masih belum mencuba merasai pengalaman menaiki keretapi boleh menaiki KTM Ekspres Rakyat Timuran.

KTM Ekspres Rakyat Timuran

Ekspres Rakyat Timuran adalah perkhidmatan harian yang popular bermula daripada JB Sentral di Johor hingga ke Tumpat di Kelantan. Ianya merupakan satu mengembaraan sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dikalangan orang luar dengan gelaran “Jungle Railway”.

Walaupun ianya dipanggil Jungle Railway, sebenarnya ianya lagi menarik dan unik kerana anda bakal disajikan dengan kecantikan hutan hujan tropika dan gunung ganang di Malaysia berbanding dengan permandangan hutan sawit disepanjang lebuhraya PLUS.

KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 1
Foto Hamka Haizad
KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 2
Foto Hamka Haizad
KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 3
Foto Hamka Haizad

Untuk pengetahuan anda, sepanjang perjalanan dari JB Sentral ke Tumpat terdapat juga perhentian di tempat-tempat lain di Pahang antara ialah Kuala lipis, Kerambit, Jerantut dan banyak lagi.

Jika anda daripada Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan ETS dari KL Sentral ke perhentian Gemas.

Tempat duduk yang disediakan pelbagai sesuai dengan harga dan kemampuan. Jika anda dari JB Sentral, kami galakkan anda untuk ambil Superior Night ataupun Sleeper Coach. Ianya sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan membolehkan anda tidur dengan selesa. Selain itu ada juga Kelas Superior dan Kelas Permier.

KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 4
Foto RailTravel Station
KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 5
Foto RailTravel Station

Pengalaman Menaiki KTM Ekspres Rakyat Timuran

Ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh Hamka Haizad di Facebook beliau seperti dibawah:

Kami merasakan ianya merupakan trip yang mesti dicuba sekali seumur hidup terutamanya kepada mereka yang minat dengan aktiviti mengembara dan meneroka perkara baharu.

Next Post

Kecantikan Pitas Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Jika sebut Sabah, destinasi yang terkenal dikalangan pengembara dan pelancong pastinya Kundasang, Kota Belud, Semporna dan Tawau. Lokasi ini sudah tidak asing lagi kerana mempunyai permandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan mempunyai pulau-pulau yang cantik Tahukah anda, sebenarnya banyak lagi destinasi yang menyajikan permandangan yang cantik di Sabah. Antaranya ialah Pitas. […]
KTM Ekspres Rakyat Timuran Trip Yang Mesti Anda Cuba! 7