fbpx

Kecantikan Pitas Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Ahmad Suhael

Jika sebut Sabah, destinasi yang terkenal dikalangan pengembara dan pelancong pastinya Kundasang, Kota Belud, Semporna dan Tawau. Lokasi ini sudah tidak asing lagi kerana mempunyai permandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan mempunyai pulau-pulau yang cantik

Tahukah anda, sebenarnya banyak lagi destinasi yang menyajikan permandangan yang cantik di Sabah. Antaranya ialah Pitas. Jika anda seorang yang mengikuti perkembangan berita-berita hangat, ingatkah anda tentang gadis yang tular kerana menjawab soalan peperiksaan atas talian di atas pokok?

Ya, kes ini berlaku di Pitas sebuah kawasan yang terletak di pedalaman Kudat di Sabah. Pitas secara geografinya terletak di utara bahagian Sabah atau dikenali sebagai Tanduk Borneo di dalam Kudat.

Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai. Disebabkan itu ianya mempunyai banyak permandangan cantik seperti di Kundasang.

Jika anda dari Kota Kinabalu, perjalanan ke sini dari Kota Kinabalu akan mengambil masa lebih kurang 3 jam kerana daerah ini terletak 195KM dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Kecantikan Pitas Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu 1
Lokasi Pitas di Kudat, Sabah

Destinasi Menarik Di Pitas

Destinasi yang menarik di Pitas yang dikongsikan oleh Irfan Abdul.

Pantai

  1. Dataran Bengkoka
  2. Pantai Torungguh
  3. Pantai Keramat
  4. Kampung Rosob
  5. Kampung Pinggan-Pinggan
  6. Pitas Bayview
  7. Kampung Kasagaan
  8. Tanjung Senimpul
  9. Pulau Supirak
  10. Floating Coral Bay

Bukit

  1. Bukit Piniapat
  2. Bukit Morovidu
  3. Bukit Bagang View
  4. Bukit Tudturan

Tarikan Lain

  1. Pitas Mangrove @ Rosob
  2. Tamu Bengkoka (Rabu sahaja)
  3. Bagang (Tempat menangkap Ikan bilis)

Cadangan Perjalanan:

Trip 1 hari

Bertolak dari KK Jam 6 pagi
Tiba di Pitas: +- 9 pagi

1. Bukit Piniapat (RM2)
2. Bukit Morovidu (Percuma)
3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
4. Pantai Keramat (Percuma)
5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
6. Pitas Baywview (Percuma)
7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma) 8. Dinner @ Dataran Bengkoka

Bertolak pulang ke Ke Kota Kinabalu

Trip 2 hari

Hari Pertama

Bertolak dari KK Jam 6 pagi
Tiba di Pitas: +- 9 pagi

1. Bukit Piniapat (RM2)
2. Bukit Morovidu (Percuma)
3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
4. Pantai Keramat (Percuma)
5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
6. Pitas Baywview (Percuma)
7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
8. Dinner @ Dataran Bengkoka
9. Bermalam di Indah Chalet @Dataran Bengkoka

Hari Kedua

1. Bertolak ke Kampung Malubang
2. Dari Jeti menaiki bot ke Pulau Supirak dan Pulau-Pulau sekitar/ Pitas Coral Bay

Tenghari/ Petang bertolak ke Kota Kinabalu.

Sumber: Irfan Abdul

Next Post

'Tasik Pepsi Blue' Bakal Jadi Destinasi Mendaki Terancang

Tasik Pepsi Blue atau tasik biru digelar oleh sesetengah orang di Malaysia sebenarnya merupakan kawasan bekas lombong yang dibiarkan tidak ditimbus. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Kebiasaannya […]
Kecantikan Pitas Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu 3