FireFly Bakal Jadi Syarikat Penerbangan Nasional Ganti Malaysia Airlines?

Krisis kewangan yang dihadapi oleh Malaysia Airlines terus berjalan setelah kerajaan mengumumkan untuk tidak menyuntik dana lagi kepada Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam program Breakfast Grille stesen radio BFM yang lalu.

Pengumuman tersebut pastinya membuatkan masa depan Malaysia Airlines bergantung sepenuhnya kepada pemilik tunggalnya, Khazanah Nasional Bhd untuk menyelesaikannya.

Sebelum ini, Khazanah melihat kepada kemungkinan penggabungan dengan syarikat penerbangan lain, termasuk dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, sejak tahun lalu, tetapi tidak berjaya.

Malaysia Airlines juga telah mengurangkan kos operasi dengan memotong gaji pengurusan dan juruterbang, menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangan.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata rundingan semula dengan pemberi pajak dalam rancangan penstrukturan yang diketengahkan oleh Malaysia Airlines juga telah dibuat dan masih berjalan.

Sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak tercapai dengan baik bagi memulihkan Malaysia Airlines. Khazanah mempunyai pilihan untuk menamatkan pembiayaan Malaysia Airlines dan sebaliknya akan membiayai Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional menggantikan Malaysia Airlines.

Sumber:
1. Harian Metro
2. Berita Harian