‘Tasik Pepsi Blue’ Bakal Jadi Destinasi Mendaki Terancang

Tasik Pepsi Blue atau tasik biru digelar oleh sesetengah orang di Malaysia sebenarnya merupakan kawasan bekas lombong yang dibiarkan tidak ditimbus.

Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Kebiasaannya ianya akan berwarna biru kehijauan hasil daripada pantulan warna langit dan bayangan pokok.

Tasik tersebut terhasil daripada hasil perlombongan dan letupan bukit. Ini membuatkan tasik tersebut mempunyai jurang dan lubang yang dalam dan akhirnya air bertakung. Lereng bukitnya pula curam dan berbatu membuatkan ianya bahaya boleh tergelincir jatuh.

Namun, berita baik untuk rakyat Terengganu kerana tasik ‘pepsi blue’ bakal dijadikan tarikan pelancongan terbaharu di negeri dengan lebih terancang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata tasik terbabit memerlukan pengubahsuaian dahulu sebelum ianya dibuka kepada pelancong.

Beliau sempat menyamakan kecantikan kawasan terbabit dengan Kawah Putih di Bandung, Indonesia di mana ianya menjadi tarikan pelancong antarabangsa.

Namun faktor keselamatan seperti Pemasangan pagar di kawasan berbahaya dan menaik taraf kemudahan laluan menyusuri hutan (jungle trekking) perlu dilakukan sebelum ianya dibuka kepada umum.

Selain daripada tidak jauh dengan Kuala Terengganu, tasik ini pastinya menjadikan lokasi menarik bagi pelancong kerana panorama dan kecantikan tasik untuk merakam gambar.

Sumber: Bernama