Pelayaran ‘Cruise To Nowhere’ Dapat Lebih 6,000 Tempahan!

Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19, industri pelancongan terjejas teruk akibat tidak dapat beroperasi seperti biasa. Banyak sempadan ditutup mengakibatkan pengurangan pelancong yang mendadak dari dalam dan luar negara.

Selain daripada syarikat penerbangan yang terkesan, perhotelan dan syarikat kapal persiaran juga turut mengalami penurunan pendapatan. Ini kerana perlu membayar parkir pesawat, dan kapal serta pekerja yang masih bekerja.

Namun setelah beberapa bulan menghadapi cabaran, kebanyakan syarikat-syarikat ini telah pun mengorak langkah dengan memperkenalkan beberapa idea dan strategi bagi meneruskan operasi.

Jika sebelum ini Singpore Airlines memperkenalkan penerbangan tanpa destinasi dan merubah pesawat Airbus nya kepada restoran, kini syarikat kapal persiaran Genting Cruise Lines dan Royal Caribbean International pula memperkenalkan pelayaran ke tanpa destinasi.

Dilaporkan pelayaran terbabit mendapat sambutan yang hebat. Syarikat Genting Cruise Lines menerima lebih dari 6.000 tempahan hanya dalam lima hari.

Related Post

Jurucakap syarikat terbabit berkata, tempahan meningkat sebanyak 500 peratus berbanding dua minggu terakhir. Pelayaran pertamanya pada 1 Disember, yang dihadiri sekitar 1,000 orang, hampir habis terjual.

Setiap tempahan ini mungkin untuk sekurang-kurangnya dua orang. Sebanyak 23 pelayaran Genting Cruise Lines, masing-masing dengan kapasiti maksimum 1,700 penumpang, dijadualkan untuk bulan depan dan Disember.

Menurut wakil dari Genting Cruise Lines, Michael Goh sambutan sangat luar biasa bermula daripada pengumuman lagi.

“Responnya sangat luar biasa. Kami menyebutnya ‘superstaycation’, kerana kami menawarkan tiga jenis makanan, aktiviti luar seperti seluncuran air dan panjat tebing, dan juga muzikal Krismas. Ini adalah pengalaman percutian yang lengkap. Kapal itu sendiri adalah destinasi.” kata Michael Goh kepada The Straits Times.

Sumber: The Straits Times

This website uses cookies.