Jepun Bakal Longgarkan Larangan Kemasukan Dari 12 Negara Termasuk Malaysia

Klook.com

Jika sebelum ini Jepun telah menyenaraikan sebanyak 159 negara yang dilarang untuk melakukan perjalanan ke Jepun dengan menyekat visa negara terbabit pada Jun lalu.

Bermula November akan datang, Jepun bakal melonggarkan sekatan pintu sempadan apabila bercadang untuk menarik balik larangan perjalanan ke 12 negara termasuk Malaysia bermula bulan hadapan.

Antara 11 negara lain ialah China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan turut disenaraikan dalam cadangan tersebut seperti dilaporkan akhbar tempatan Yomiuri yang dipetik Reuters.

Perjalanan rentas sempadan yang dibenarkan hanyalah untuk tujuan penting seperti urusan perniagaan bagi membantu memulihkan ekonomi dan mempromosikan perniagaan antarabangsa. Setelah itu barulah dibuka untuk pelajar antarabangsa dan kemudiannya pelancongan.

Kerajaan Jepun sebelum ini melaksanakan sekatan perjalanan ke 159 negara serta wilayah di seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani