Tarikan Terbaru Di Dungun Untuk Pencinta Kucing

Kucing sememangnya haiwan yang comel dan jinak. Jadi tak hairan mengapa haiwan ini disukai ramai dan dibela, malah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk pembiayaan haiwan ini.

Bagi pencinta kucing di Dungun, kini anda kini boleh melawat kucing-kucing dan bermain dengan kucing-kucing di Taman Kucing Dungun bertempat di Taman Rimba Bukit Bauk.

Bagaimana Boleh Ada Banyak Kucing?

Kucing-kucing yang ditempatkan di sini adalah daripada kucing jalanan yang dijumpai sepanjang operasi MPD di pasar, kedai makan dan tempat awam lain.

Sebanyak 30 kucing ini dirawat dan ditempatkan Taman Kucing Dungun sebagai satu lagi daya tarikan baharu kepada pengunjung di Taman Rimba Bukit Bauk.

Taman Rimba Bukit Bauk di sini yang sinonim sebagai pusat riadah dan aktiviti pendakian kini mempunyai satu lagi daya tarikan baharu kepada pengunjung iaitu Taman Kucing Dungun.

Terdapat lima sangkar pengasingan disediakan mengikut kategori kesihatan haiwan iaitu Unit Rawatan Rapi, Unit Pemulihan, Unit Kucing Bahagia, Wad Keluarga Bahagia serta Wad Rawatan Ibu dan Anak.

Berapa Bayaran Masuk?

Setakat ini tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pelancong, malah kawasan ini juga sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga yang cintakan alam semulajadi.

Pengunjung digalakkan untuk menyumbang makanan, ubat-ubatan, peralatan dan sumber kewangan untuk menampung keperluan kucing di situ.

Sumber: Bernama