Walaupun Nepal masih mempunyai kes pesakit COVID-19 yan tinggi, ianya tidak menghalang negara terbabit untuk membuka kembali pendakian Gunung Everest selepas tujuh bulan ditutup. Kebenaran mendaki semula dibuat selepas Nepal membuka sempadannya kepada pelancong.
Bagaimanapun, kemasukan pelancong diterhadkan dan syarat-syarat ketat dikenakan bagi memastikan segala langkah keselamatan dan kawalan penularan COVID-19 dapat dilakukan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Rudra Singh Tamang memaklumkan pelancong perlu mendapatkan mendapatkan persetujuan terlebih dahulu, memberikan perincian perjalanan, menyewa syarikat pakaian tempatan dan mempunyai insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19.
Pengunjung juga perlu melakukan ujian saringan terlebih dahulu di negara asal dan menjalani proses kuarantin selama seminggu di hotel di Kathmandu sebelum menjalani ujian saringan sekali lagi untuk pengesahan akhir.
Selain itu, pekerja yang terlibat denan pendakian seperti tukang masak, malim gunung dan pasukan sokongan juga diminta menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka bebas COVID-19.
Sehingga kini Nepal melaporkan 176,500 kes positif dengan 984 kematian.
Sumber: Astro Awani