7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor

Klook.com

Johor sememangnya negeri yang mempunyai banyak destinasi menarik untuk diterokai baik untuk peminat alam semula jadi, suka membeli belah dan ‘food hunting’.

Di Johor terdapat satu daerah dipanggil Kluang. Menurut cerita dahulu kala, nama Kluang berasal dari kata Melayu ‘keluang’ yang bermaksud sejenis rubah terbang atau sejenis kelelawar buah, yang dahulunya banyak terdapat di daerah itu beberapa dekad yang lalu. Mereka hampir hilang sepenuhnya akibat gabungan pemburuan dan pemusnahan habitat.

Jika anda berada bercadang untuk bercuti di Johor, Kluang antara salah satu destinasi terbaik untuk diterokai bersama keluarga di hujung minggu. Berikut kami senaraikan lokasi yang boleh anda singgah sepanjang bercuti di Kluang.

1 – UK Agro Farm Resort

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 2
Foto UK Agro Farm Resort

UK Farm terletak di dalam Projek Pertanian Moden Kluang (Projek Pertanian Moden Kluang) di negeri Johor di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.

Selain daripada Kundasang Sabah yang terkenal dengan ‘New Zealand Malayisa’, di semenanjung ini UK Agro Farm yang popular sebagai ‘New Zealand Malaysia’.

Di ladang seluas 100 ekar ini terdapat kambing dan biri-biri yang dipelihara dengan teknik yang moden. Selain itu terdapat juga kebun seluas 20 ekar dengan pelbagai jenis buah seperti markisa, sirsak, rambutan, durian dan banyak lagi.

Selain daripada tempat yang cantik, di sini disediakan pelbagai aktivti seperti menungga kuda, ‘night tour’ melawat ladang hydroponik dan anda juga boleh bermalam ni sini di Chalet yang disediakan.

2 – Kluang Rail Coffee

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 3
Foto Tripadvisor

Terletak di stesen keretapi tempatan, Kluang Rail Coffee sudah ada sejak tahun 1938. Ia adalah tempat persinggahan bagi pelancong yang tiba di Kluang seawal 8 pagi lagi.

Dibuka oleh keluarga Lim pada tahun 1930-an, Kluang Rail Coffee kini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia di bawah francais Stesen Kluang.

Perniagaan ini sudahkan diteruskan selama empat generasi setelah Lim memulakan kopitiam ini. Dengan menu yang lebih luas dan lokasi yang lebih mudah diakses, Stesen Kluang kini lebih meluas dan tidak asing lagi.

3 – Hutan Rekreasi Gunung Lambak

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 4
Foto Amizam

Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, terdapat satu taman Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang cukup popular di yang menjadi destinasi setiap kali hujung minggu warga Johor.

Di sini anda boleh memilih untuk mencuba aktiviti pendakian ke puncak Gunung Lambak ataupun bermain air di kolam mandi di kaki Gunung Lambak.

Selain dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga terdapat di sini. Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan.

Klook.com

4 – Laman Kreatif Kluang

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 5
Foto @TwtKluang | Twitter

Laman Kreatif ini adalah satu initiatif bagi menceriakan lorong belakang di kawasan Bandar Kluang berhampiran Taman Merdeka. Kawasan yang telah dinaiktaraf dengan pemasangan lampu dan lukisan mural yang cantik menjadikan kawasan tersebut tumpuan pelancong serta aktiviti riadah.

Ada banyak karya seni mural yang tampak 3D dan cantik yang dihasilkan oleh karyawan tempatan dan dari luar negeri. Jika anda ingin ke sini boleh ke alamat ini, 1956, Jalan Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor.

5 – Restoran Bawah Kolong

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 6
Foto Johor Foodie

Tidak dapat dinafikan, ini adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati makanan Melayu asli dan juga makanan barat. Restoran ini mengambil namanya daripada ruang makan yang berada di bawah kolong sebuah rumah tradisional Melayu bertiang tinggi.

6 – Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 7
Foto Visit Johor

Restoran ini sudah pun terkenal dikalangan warga kluang. Menjadi destinasi untuk mengisi perut lapar ketika tengah hari, lauk gulai kawan dan asam pedasnya sememangnya menjadi pilihan ramai.

Rata-rata menasihatkan untuk ke sini sila datang pada awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama dan kemungkinan lauk habis! Boleh ke alamat ini, No. LG04, Blok L, Jalan Haji Manan,berdekatan Hotel Ailang Kluang.

7 – Lemang Kubor

7 Destinasi Bersama Keluarga Hujung Minggu Di Kluang Johor 8
Foto Johor Foodie

Di sini apa yang menarik ialah menu nasi lemaknya. Nasi lemak di sini disediakan dengan cara yang unik dan lain daripada cara membuat nasi lemak biasa.

Apa yang uniknya ialah kedai ini menyediakan nasi lemak di dalam buluh. Menu ini dinamakan Nasi Lemak Buluh Betung. Cara penyediaannya sama seperti cara memasak Lemang – beras, santan, dan garam yang dimasak dalam tiub buluh berlapis daun pisang.

Jika anda ingin ke sini boleh ke alamat ini, Lemang Kubor Jalan Haji Manan Kluang Johor 86000 Johor Bahru, Johor, Malaysia