Masjid Pertama Dibuka Di Tasik Gunung Fuji, Jepun

Klook.com

Sebagai muslim, mengembara ke serata dunia bukan lah satu perkara yang mudah. Ini kerana sesetengah negara mempunyai undang-undang yang menghalang upacara atau sesuatu ibadat dilakukan secara terbuka.

Bagi bukan muslim ianya mungkin mudah kerana tidak perlu solat berbanding muslim yang diwajibkan solat 5 waktu tidak kira apa situasi apatah lagi sedang mengembara atau melancong.

Terkadang rasa janggal bila mana perlu solat di tempat terbuka dan bila dapat tahu ada tersedianya tempat solat khas, alangkah gembiranya hati kan? Ini lah berita baik daripada Jepun.

Terdapat sebuah masjid yang baru dibuka berhampiran Gunung Fuji di kawasan Tasik Kawaguchi. Hanya beberapa minit berjalan kaki sahaja dari Tasik Kawaguchi yang indah berhampiran jambatan yang melintasi tasik tersebut.

Menurut sumber Food Diversity, masjid FujiKawaguchiko ini dibuka pada 8 November 2020 yang lalu. Ianya dibina di atas bekas Capsule Inn Fujisan. Masjid ini juga mempunyai kawasan makanan dan kafe yang halal untuk pelancong Muslim.

Masjid FujiKawaguchiko terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Tasik Kawaguchi yang indah dan berhampiran jambatan yang melintasi tasik. Ini bermakna setelah menunaikan solat, anda boleh berjalan ke tasik untuk melihat Gunung Fuji yang megah 😍

Klook.com
Masjid Pertama Dibuka Di Tasik Gunung Fuji, Jepun 2
Foto Food Diversity
Masjid Pertama Dibuka Di Tasik Gunung Fuji, Jepun 3
Foto Food Diversity

Tasik Kawaguchi

Bagi yang belum pernah datang ke Jepun, tasik Kawaguchi adalah salah satu tasik yang terkenal di sekitar Gunung Fuji. Tempat ini merupakan tempat wajib singgah sebabnya di sini lah anda boleh lihat keindahan alam semula jadi dan juga kecantikan Gunung Fuji dari perspektif yang berbeza.

Selain itu, terdapat banyak kemudahan seperti perkhidmatan penyewaan basikal, kedai serbaneka, hotel, resort dan banyak lagi!

Sumber: Food Diversity