Rindu Strawberry Di Cameron Highland? Di Terengganu Pun Ada!

Bila ke Cameron Highland, pastinya salah satu aktiviti ‘wajib’ ialah singgah merasai buah strawberry di sana. Ini kerana buah ini hanya mudah didapati di kawasan tanah tinggi.

Namun bergitu, memandangkan sekarang ni musim COVID-19, rakyat Malaysia disaran untuk menjauhkan diri dari tempat-tempat kunjungan ramai untuk mengelakkan terkena jangkitan wabak berkenaan.

Berita baik untuk rakyat Terengganu khususnya kerana buah strawberry ini boleh didapati secara segar di negeri anda. Lokasi khususnya ialah di halaman rumah Ramli Yusof, 55 yang terletak di alamat Kampung Berangan Pak Ayu, di Bukit Payong.

Di halaman rumah Ramli mempunyai buah strawberry yang segar kemerahan seakan berada di Cameron Highland.

Rindu Strawberry Di Cameron Highland? Di Terengganu Pun Ada! 2
Rindu Strawberry Di Cameron Highland? Di Terengganu Pun Ada! 3

Seperti yang dipetik Bernama, menurut Ramli atau mesra dipanggil ustaz Ramli buah strawberry yang hidup di sini asalnya ditanam sekitar 50 pokok sahaja sejak dua tahun lepas sebagai hobi.

Hikmah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama kira-kira tiga bulan sejak Mac lepas telah memberi kesempatan beliau untuk meluangkan masa di kebunnya, yang sehingga kini mempunyai 1,200 pokok strawberi terdiri daripada pelbagai jenis.

Kebunnya kini yang dinamakan ‘Strawberry_Tokki’ mendapat perhatian dan orang ramai mula datang berkunjung untuk melihat dan merasai sendiri buah strawberry yang ditanam di sini.

Kebun mini ‘Strawberry_Tokki’ yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu itu tidak henti didatangi pengunjung termasuk dari luar Terengganu. Apa yang menarik, anda boleh merasai buah strawberry ini secara percuma kerana apa yang dijual di sini ialah hanya anak pokok strawberry itu dengan harga antara RM15 hingga RM20.

Namun sejak kes COVID-19 yang semakin meningkat semula beliau mengehadkan jumlah kedatangan pengunjung untuk menjaga SOP (prosedur operasi standard).

Namun anda tak perlu risau jika tidak boleh datang ke sana kerana menurut beliau, anda juga boleh mendapatkan anak pokok ini secara online!

Boleh hubungi beliau di keterangan di bawah:

  • No Tel : 013-975 6245
  • Alamat : Kg Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, Marang, Terengganu.
  • Facebook : Strawberry_Tokki

Sumber: Bernama