AirAsia Japan Muflis?

Syarikat penerbangan AirAsia adalah tidak asing lagi bagi anda yang gemar terbang dengan penerbangan kos rendah. Kejayaan AirAsia membuatkan syarikat ini mampu membuka cawangan syarikatnya di beberapa negara jiran seperti Filipina, Indonesia termasuk Jepun.

Namun, kedatangan gelombang wabak pandemik yang melanda satu dunia kini mengakibatkan majoriti syarikat penerbangan di dunia menghadapi keadaan sukar dalam kelangsungan operasi mereka. Ini mengakibatkan jalan terakhir iaitu penutupan syarikat terpaksa dilakukan.

Ini yang berlaku kepada syarikat AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) di mana terpaksa mengumumkan penutupan AAJ oleh ahli lembaga pengarah AirAsia Group.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Keputusan penutupan operasi AAJ dengan serta-merta adalah untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun dan semakin teruk oleh pandemik Covid-19.

Sumber: Harian Metro