6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu.

Lembah Klang sememangnya mempunyai banyak destinasi menarik untuk di terokai baik bagi yang sukakan bandar moden, restoran unik, alam semula jadi dan banyak lagi.

Jika anda berada di wilayah Kuala Lumpur, anda boleh singgah dilokasi yang kami pernah kongsikan di sini. Walaupun Kuala Lumpur ialah bandaraya, masih banyak lagi lokasi yang boleh buat anda jauh dari bandar seketika.

Jika anda berada berdekatan Shah Alam pula, berikut kami senaraikan lokasi yang anda boleh cuba untuk terokai pada hujung minggu.

1 – Elmina Central Park

Jejantas yang dibina ini sangat menonjol pada waktu siang ataupun malam. Reka bentuk yang unik seperti ini permainan spring pastinya akan menangkap mata anda untuk membuatkan anda berhenti mengambil gambar

Terdapat 2 tempat iaitu satu yang berwarna-warni dan satu lagi berwarna oren terang seperti di gambar bawah ini.

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 2
Foto Helmi Baharum

2 – BookXccess Sunsuria

Kedai buku berkonsep terowong buku pertama di Malaysia dengan rak buku bulat yang menjulang tinggi di pintu masuk seakan berada di Starfield Library di Korea!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3
Foto Helmi Baharum

3 – Shah Alam Community Trail

Bagi yang bosan dengan kesibukan bandar dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar, boleh mencuba Shah Alam Community Trail. Puncaknya hanya berketinggian 240m namun agak mencabar kerana laluan denai di sini agak bercabang. Jadi pastikan anda pergi bersama orang yang sudah berpengalaman laluan di sini!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 4
Foto Helmi Baharum

4 – Maya Park Eco Ardence

Maya Park di kawasan perbandaran Eco Ardence dengan tasik yang luas dan pelbagai kawasan aktiviti untuk bersantai dan bersenam. Boleh lah beriadah bersama keluarga di sini diwaktu petang dan hujung minggu.

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 5
Foto Helmi Baharum

5 – Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara di Shah Alam mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah aktiviti pendidikan berpandu kepada modul flora dan fauna, memancing, berbasikal dan aktiviti kolam renang.

Untuk kaki pancing, terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh di pancing seperti ikan tilapia, jelawat ,rohi, toman, kelah, lampam, krai, baung, keli, patin dan banyak lagi.

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 6

6 -Setia Alam Community Forest

Bagi mereka yang menginap di Shah Alam, Bukit Sapu Tangan adalah salah satu tempat mendaki di kalangan pendaki di sini. Laluan denai di sini agak lengang dan kurang sesak.

Bukit Sapu Tangan boleh diakses melalui Taman Botani Negara Shah Alam. Namun jika anda ingin melalui laluan yang lebih mencabar, anda boleh Bukit Sapu Tangan melalui Tasik Cermin. Sangat berbaloi!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 7
6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 8