4 Cara Alternatif Jana Pendapatan Waktu Pandemik. Tak Perlu Modal Pun!

Klook.com

Serangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang ini sangat memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara. Kesan kepada ekonomi ini secara tidak langsung memberi kesan juga kepada manusia sejagat.

Di Malaysia sendiri, penutupan sempadan negeri dan perintah kawalan telah membuatkan aktiviti ekonomi tergendala dan banyak perniagaan dikatakan terpaksa gulung tikar akibat tidak dapat menampung kos kerugian jika meneruskan operasi.

Akibat daripada terpaksa menutup operasi, majikan terpaksa memberhentikan pekerja serta merta dan ada pula yang terpaksa menjual aset untuk menampung kerugian operasi.

Namun sifat tidak putus asa membuatkan ramai antara kita bangkit semula dengan terus mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Sebenarnya pelbagai kerja alternatif yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan sampingan sama ada dalam talian atau luar talian. Di bawah ini kami senaraikan beberapa platfom yang anda boleh daftar:

1 – Access Trade

4 Cara Alternatif Jana Pendapatan Waktu Pandemik. Tak Perlu Modal Pun! 2

Anda tiada produk nak dijual dan tak tahu nak jual apa? AccessTrade salah satu platform yang amat mudah kerana anda tidak perlu simpan stok. Malah anda boleh jual apa sahaja yang anda minat.

AccessTrade merupakan platform affiliate. Ianya seperti sistem dropship di mana anda hanya perlu mempromosikan produk dan jika ada pembelian, anda akan dapat komisyen.

Tetapi apa yang menarik di AccessTrade ialah apa jua barang yang dijual sebagai contoh di platfom Lazada atau di Shopee boleh dijual melalui platfom ini. Caranya hanya dengan kongsikan sahaja link affliate anda kepada kawan dan keluarga.

Anda akan diberi komisyen berdasarkan tetapan yang dibuat oleh pihak Shopee atau Lazada jika berlaku pembelian daripada link affiliate anda. Mudah kan? Anda boleh daftar di sini.

2 – Fiverr

4 Cara Alternatif Jana Pendapatan Waktu Pandemik. Tak Perlu Modal Pun! 3
Sumber Foto: Online tools expert

Fiverr adalah satu platfom ‘freelance’ dengan harga minimum 5 USD untuk satu-satu servis. Bagi yang belum ketahui, di Fiverr anda boleh jana pendapat yang banyak kerana platfom Fiverr digunakan meluas satu dunia.

Dan yang paling menarik, di Fiverr terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang anda boleh daftarkan. Sebagai contoh mereka bentuk, melukis, menulis, rakam suara, alih bahasa dan macam-macam lagi.

Selain itu, anda juga boleh mempromosikan servis di dalam Platfom Fiverr kepada orang luar dan anda juga boleh mendapat komisyen berdasarkan servis. Anda boleh daftar di sini.

3 – Video Creator

4 Cara Alternatif Jana Pendapatan Waktu Pandemik. Tak Perlu Modal Pun! 4
Sumber Foto: IDMMag.com

Mungkin ada yang pelik bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui video bukan? Pernah tak ada tonton sesuatu video di medium atas talian kemudian video tersebut diselangi dengan iklan? Iklan tersebut lah adalah sumber pendapatan seorang video creator.

Zaman teknologi dan kemunculan pelbagai media sosial dan internet yang laju kini sangat memudahkan untuk anda mempelbagaikan platfom video anda. Selain daripada Youtube, anda juga boleh menjana pendapatan melalui video anda di platfom Tiktok, Facebook dan pelbagai lagi.

Apa yang menariknya, disamping anda boleh jana pendapatan daripada iklan, anda juga boleh tambah lagi pendapatan dengan kongsikan link-link affiliate anda di dalam video anda!

Antara idea yang boleh anda guna sebagai niche anda adalah memasak, DIY, produk review, vlog harian, tutorial dan bermacam lagi.

4 – Penulis Artikel

4 Cara Alternatif Jana Pendapatan Waktu Pandemik. Tak Perlu Modal Pun! 5
Sumber Foto: Skyfallblue.com

Website dan blog adalah satu plafom yang telah lama wujud sejak kewujudan internet. Sejak dari itu berkembang dengan sekarang sudah ada berjuta website dan blog di enjin carian seperti Yahoo, Bing dan Google.

Dengan website dan blog juga anda boleh jana pendapatan iaitu sama seperti seorang Video creator iaitu melalui iklan.

Apa yang membezakannya adalah sebagai blogger ataupun penulis artikel, anda menjadi seorang penulis. Cara ini lebih mudah dan tidak memerlukan skill suntingan video langsung.

Apa yang menariknya, disamping anda boleh jana pendapatan daripada iklan, anda juga boleh tambah lagi pendapatan dengan kongsikan link-link affiliate anda di dalam penulisan artikel anda!

Antara idea penulisan yang boleh anda gunakan adalah fakta, tips, berita, rujukan dan pelbagai lagi.

Klook.com