Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Melakukan Aktiviti Di Hutan

Klook.com

Sejak berakhirnya beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri-negeri di Malaysia, dilihat semakin ramai orang mula keluar dari rumah untuk melepaskan ‘dendam’ setelah sekian lama terperap di rumah.

Situasi ini menyebabkan sesuatu aktiviti seperti berkhemah, mendaki, berbasikal, berlari mendapat tempat untuk dilakukan oleh rakyat Malaysia. Ini menjadikan setiap lokasi-lokasi tarikan menjadi padat dengan manusia terutamanya ketika hujung minggu.

Selain daripada patuhan kepada Standard Operation Procedure (SOP), undang-undang keselamatan jalan raya juga haruslah di patuhi jika anda melakukan aktiviti di jalan raya seperti berlari dan berbasikal.

Jika anda melakukan aktiviti pendakian atau berkhemah di hutan pula, anda diwajibkan memohon permit dahulu. Walaupun tiada undang-undang yang spesifik di dalam hutan, terdapat beberapa pantang larang yang anda perlu jaga bila di dalam hutan. Ini kerana kita berkongsi alam semulajadi dengan penghuni alam lain.

Di bawah ini antara perkara yang anda DILARANG lakukan ketika berada di dalam hutan.

1 – Membuang sampah merata-rata di hutan

Sampah terdapat beberapa jenis antaranya yang boleh lupus dan ada yang tidak. Sampah seperti plastik pastinya ketahui umum ianya susah untuk mereput. Walaupun ada sampah yang boleh reput, ianya juga tidak dibenarkan untuk ditinggalkan di dalam hutan kerana ianya mengambil masa untuk reput. Selain itu, sampah-sampah itu juga akan memburukkan imej alam semula jadi yang sudah cantik.

2 – Tidak menjaga abad, celupar dan cakap sembarangan

Biarpun tiada manusia yang dilihat di dalam hutan, namun kita harus menghormati hutan dan tidak boleh celupar, berteriak tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan. Perkara ini juga boleh menyebabkan histeria dan rasukan. Selain daripada menghormati alam dan penghuninya, anda juga perlu menghormati jiran atau rakan anda yang sedang berkhemah bersama anda.

Kegagalan berbuat demikian ada ketikanya boleh menyebabkan kita tidak menemui jalan pulang tetapi hanya berpusing di laluan yang sama untuk beberapa jam akibat diganggu makhluk halus di dalam hutan.

3 – Membuang najis sembarangan

Antara tempat yang tak boleh buang air sesuka hati seperti lopak air, dalam lubang, pertengahan jalan hutan dan kawasan bersih yang terdapat dalam hutan kerana di situ biasanya menjadi tempat makhluk lain bermain atau tinggal,

Ada satu kisah di mana seorang pendaki wanita mengalami histeria. Puncanya ialah dia meninggalkan pad datang bulan nya yang mempunyai darah kotor di sungai. Ketika misi mencari pad terbabit di sungai, alangkah terkejutnya melihat ada makhluk sedang menjilat darah di pad terbabit.

4 – Menyebut nama binatang buas

Elakkan daripada bergurau senda dengan meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau ‘mengejek’ rupa mereka.

Gunakan kod seperti Maybank untuk harimau, tali pinggang untuk ular, kereta api untuk lipan, kereta kebal (kala jengking) dan lain-lain lagi untuk menyebut nama binatang buas dan beracun. Dikhuatiri binatang itu tiba-tiba akan muncul selepas namanya disebut.

5 – Membawa pulang sesuatu daripada hutan

Sekiranya terjumpa benda atau perkara pelik seperti bunga cantik, batu berwarna-warni dan berkilau, pokok aneh dan macam-macam lagi, jangan diambil dan bawa balik. Semua benda itu mungkin milik makhluk yang tinggal di dalam hutan itu. Apa yang ditakuti mereka akan marah kerana kita dikira mencuri barang mereka.

Jika anda lalu di kawasan yang terdapat akar yang berbentuk buaian, jangan sekali-kali duduk dan bermain di situ kerana ia mungkin tempat mainan makhluk yang kita tidak nampak.

Sumber rujukan:
1. Berita Harian