Gunung Everest Kini 1 Meter Lebih Tinggi Dari Tahun Sebelum Ini

Klook.com

Gunung Everest sepertimana yang umum ketahui adalah gunung tertinggi di dunia. Kedudukan menjadi gunung tertinggi tidak disangkal lagi. Namun, ketinggian sebenarnya masih menjadi perbalahan sesetengah pihak.

Nepal dan China yang merupakan dua buah negara untuk ke Gunung Everest mempunyai perbezaan rekod ketinggian Gunung Everest. China sebelum ini meletakkan ketinggian gunung tersebut hanya 8,844.43m kerana tidak mengambil timbusan salji berbanding Nepal.

Terbaru, laman berita BBC news melaporkan Nepal dan China mendapat persetujuan bersama ketinggian rasmi Gunung Everest. Ketinggian rasmi terkini ialah 8,848.86m, hampir 1 meter lebih tinggi melebihi ketinggian gunung tersebut sebelum ini.

Klook.com

Perjanjian untuk bersama-sama mengumumkan ukuran baru ketinggian Gunung Everest dibuat semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke ibu kota Nepal, Kathmandu tahun lalu.

Kedua-dua pasukan juru ukur dari Nepal dan China menggunakan menggunakan formula trigonometri 12 bacaan GPS diambil dari beberapa lokasi di sepanjang banjaran Himalaya untuk mengira ketinggian puncak.

Sumber Rujukan: BBC