Thailand Bakal Membuka Sempadan Kepada Lebih Ramai Pelawat Asing

Klook.com

Bagi meransang semula sektor pelancongannya, Thailand mula membuka sempadannya kepada lebih ramai pelawat asing dengan memperkenalkan visa khas untuk pelancong tinggal lebih lama (STV).

Jemaah menteri Thailand bersetuju untuk memperluaskan lagi visa STV terbabit kepada pelawat dari semua negara.

Sebelum ini, STV hanya diberikan kepada negara yang berisiko rendah, namun jumlah pelancong yang memanfaatkan kemudahan ini rendah.

Klook.com

Di bawah STV yang dilancarkan pada penghujung Oktober lalu, pelancong asing boleh tinggal sehingga sembilan bulan, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif sejurus tiba, selain memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah AS$100,000.

Setakat ini Thailand melaporkan keseluruhan 4,126 kes positif COVID-19 dengan 60 kematian.

Sumber Rujukan: Bernama