Ocean Cleanup Bantu Bersihkan Sampah Di Sungai Klang. Terbaik!

Klook.com

Pasti ada yang pernah melihat kapal Ocean Cleanup ini di Sungai Klang kan? Kapal ini nampak canggih tetapi ianya bukanlah kapal komersial membawa penumpang. Tetapi apa yang dibawa adalah sampah sarap yang dibuang di sungai.

Kapal Ocean Cleanup Interceptor 002 dengan kapasiti 50,000kg sampah sehari pernah melakukan pembersihan Sungai Klang pada tahun lalu secara automatik dan berjaya mengurangkan sampah di Sungai Klang.

Kejayaan itu akan diteruskan dengan pengeluaran model Interceptor 005 dan 006 secara besar-besaran di Malaysia menerusi firma Konecranes yang dilakukan di fasiliti MHE-Demag yang merupakan anak syarikat Konecranes di Klang.

Klook.com

Pembinaan dua lagi kapal penyedut sampah ini dijangka siap menjelang Mei 2021. Interceptor berfungsi secara autonomi dengan menggunakan bateri dan boleh dicas menggunakan panel solar pada bahagian bumbung.

Sungai Klang dipilih kerana ia adalah antara 50 sungai yang paling mencemari lautan di dunia dan kerja pembersihan sekarang dilakukan dengan menggunakan Interceptor 002.

Selain Malaysia, sebuah lagi Interceptor sedang diuji di Indonesia. Ocean Cleanup menghasilkan Interceptor selepas menyedari 80% sampah di laut berpunca dari sampah yang mengalir dari sungai.

Sumber rujukan: Ocean Cleanup