Tanaman Ganja Bakal Bantu Sektor Pelancongan Thailand 2021

Walaupun disesetengah negara ganja dilabelkan sebagai tanaman yang dilarang, ada juga negara mengambil kelebihan ganja sebagai satu sumber untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh ialah negara Thailand.

Kementerian Pelancongan dan Sukan dan Kesihatan Awam Thailand bakal melancarkan lawatan ganja bagi tujuan perubatan pertama di Asia Tenggara pada tahun 2021 sebagai langkah membantu sektor pelancongan. Program tersebut bagaimanapun bakal dimuktamadkan selepas draf rancangan tersebut diluluskan .

Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang ganja bagi tujuan perubatan dan mendidik mereka yang berminat untuk menanam, kata Phiphat Ratchakitprakarn, menteri pelancongan dan sukan.

Lapan daerah yang berpotensi untuk penanaman ganja untuk program lawatan tersebut adalah dari Mae Hong Son, Lampang, Samut Songkhram, Sakon Nakhon, Nakhon Ratchasima, Buri Ram, Phatthalung dan Chon Buri.

“Pada peringkat awal ini, program ini bertujuan untuk mendidik penduduk setempat yang ingin membentuk perusahaan komuniti dan berusaha untuk menjadi penanam ganja yang sah. Program ini akan membuka jalan bagi pemahaman asas tumbuhan ganja dan manfaat dari segi ekonominya,” kata Mr Phiphat.

Katanya, Jabatan Pelancongan ditugaskan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand dalam mempromosikan pelancongan perubatan, termasuk herba dan ganja untuk perubatan tradisional.

Di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh dua jabatan terbabit, mereka ingin merangsang pasara tempatan dan antarabangsa dengan mengembangkan dan mempromosikan lawatan ganja ini.

Kerjasama ini diharap dapat membantu penduduk tempatan menghasilkan sumber pendapatan baru dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih baik mengenai ganja dan herba.

. Acara penuaian pokok ganja oleh Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul. Sumber Gambar: Bangkok Post

Pada 4 Ogos yang lalu, kabinet menyetujui cadangan untuk mengubah Undang-Undang Narkotik untuk membolehkan pengamal perubatan swasta, termasuk beberapa pengamal perubatan tradisional, dan petani menanam tanaman ganja untuk rawatan perubatan.

Keputusan itu dibuat susulan daripada legalisasi ganja terkawal pada tahun 2018, yang menyaksikan Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan penanam ganja mengikuti peraturan agensi kerajaan.

Related Post

Walau bagaimanapun, penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi masih dilarang di Thailand.

Phiphat berkata bahawa kerajaan bersedia untuk menjadi tuan rumah pameran ganja di Buri Ram pada Oktober tahun depan, setelah edisi pertama diadakan pada tahun 2019.

Pameran dilihat dapat mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai pusat perubatan ganja di rantau ini kerana akan mengalu-alukan penjual dan pembeli antarabangsa yang terlibat dengan sains dan perubatan ganja, katanya.

Acara ini sebelumnya dijadualkan untuk tahun ini, tetapi ditangguhkan kerana wabak pandemik yang melanda seluruh dunia.

Klook.com

Phiphat berkata bahawa program lawatan bakal memberi keyakinan kepada masyarakat setempat yang masih khuatir terhadap polisi tersebut.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memperlihatkan setiap proses penanaman, peraturan nenanam ganja dan cara mendapatkan hasil dari pertanian ganja.

“Kita harus menganggap ganja sebagai warisan dari masa lalu yang patut dipelihara dan diwarisi. Masyarakay Thailand telah menggunakan tanaman ini sebagai ubat sejak era Raja Narai [abad ke-17] lagi,” katanya.

“Ciri perubatannya kemudian disahkan oleh penyelidikan moden.”

Sumber rujukan: Bangkok Post

This website uses cookies.