[VIDEO] Penerbangan Lewat Disebabkan Individu Panjat Sayap Pesawat

Kebiasaannya apabila sesuatu penerbangan lewat selalunya disebabkan cuaca buruk ataupun masalah teknikal sebelum penerbangan itu dapat diteruskan.

Tetapi kisah kali ini agak jarang berlaku dan luar biasa kerana penerbangan terlewat disebabkan oleh individu ada orang memanjat sayap pesawat.

Kejadian tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @SouljaSlim2005 apabila dia mendapat respon balas ibunya kenapa penerbangan ibunya lewat.

“Penerbangan ibu saya tergendala. Saya tanya kenapa…dia hantar kepada saya ini.” katanya dalam satu ciapan.

Individu tersebut kelihatan berjalan di atas sayap pesawat sebelum cuba untuk memanjat bahagian hujung sayap tersebut.

Tindakannya untuk memanjat sayap tersebut mengundang padah apabila jatuh dan dikerumuni oleh pasukan keselamatan sebelum ditangkap.

Klook.com