Kedai Makan Konsep Initial-D Jadi Tarikan Di Ipoh

Sukan ‘car drifting’ tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Ianya menjadi popular dan semakin diminati disebabkan oleh pengaruh siri animasi Initial D yang diadaptasi dari komik mengisahkan tentang perlumbaan jalanan secara ‘drifting’ di Jepun. Ditambah pula dengan pengaruh daripada filem melayu dari Syamsul Yusof iaitu KL Drift menjadikan sukan tersebut begitu popular pada suatu ketika dulu.

Jika anda peminat siri animasi Initial D dan ingin melihat sendiri model kereta yang digunakan oleh Takumi Fujiwara, anda boleh singgah di sebuah kafe iaitu Fujiwara Tofa yang terletak di Ipoh,

Model kereta yang digunakan di dalam siri animasi tersebut iaitu Toyota Corolla AE86 diletakkan di luar kafe untuk tatapan anda dan untuk anda berfotografi dengannya. Bukan sahaja model yang sama tetapi luarannya juga diwarnakan sama seperti di dalam siri Initial D.

@zuuk

japan theme cafe ?? another place you guys should come and visit in ipoh ! #tiktokmalaysia

♬ 真夜中のドア/Stay With Me – Miki Matsubara

Rekaan luaran kedai mengambil konsep bumbung hadapan persis seperti di dalam Initial D. Manakala rekaan dalaman kafe pula yang minimalis dan membawa ‘vibes’ Jepun seperti tulisan pada hiasannya dan juga perabotnya selain daripada potongan-potongan gambar daripada animasi Initial D itu sendiri.

Dari segi seleksi makanan, menu makanan yang disajikan adalah pelbagai seperti  tofu fa, nasi lemak, tomyam fishball dan banyak lagi. Untuk makluman, kafe ini ‘free pork’ dan ‘free alcohol’.

Related Post

Sukan ‘car drifting’ tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Ianya menjadi popular dan semakin diminati disebabkan oleh pengaruh siri animasi Initial D yang diadaptasi dari komik mengisahkan tentang perlumbaan jalanan secara ‘drifting’ di Jepun. Ditambah pula dengan pengaruh daripada filem melayu dari Syamsul Yusof iaitu KL Drift menjadikan sukan tersebut begitu popular pada suatu ketika dulu.

Jika anda peminat siri animasi Initial D dan ingin melihat sendiri model kereta yang digunakan oleh Takumi Fujiwara, anda boleh singgah di sebuah kafe iaitu Fujiwara Tofa yang terletak di Ipoh,

Model kereta yang digunakan di dalam siri animasi tersebut iaitu Toyota Corolla AE86 diletakkan di luar kafe untuk tatapan anda dan untuk anda berfotografi dengannya. Bukan sahaja model yang sama tetapi luarannya juga diwarnakan sama seperti di dalam siri Initial D.

Rekaan luaran kedai mengambil konsep bumbung hadapan persis seperti di dalam Initial D. Manakala rekaan dalaman kafe pula yang minimalis dan membawa ‘vibes’ Jepun seperti tulisan pada hiasannya dan juga perabotnya selain daripada potongan-potongan gambar daripada animasi Initial D itu sendiri.

Dari segi seleksi makanan, menu makanan yang disajikan adalah pelbagai seperti  tofu fa, nasi lemak, tomyam fishball dan banyak lagi. Untuk makluman, kafe ini ‘free pork’ dan ‘free alcohol’.

This website uses cookies.