Kafe Di Penang Ini Curi Tumpuan Artis Snoop Dogg Kerana Konsep Yang Unik

Bila berniaga, salah satu aspek penting untuk memperkenalkan perniagaan adalah dengan pemasaran. Di zaman limpahan pelbagai media sosial masa kini, platform seperti Facebook, Instagram, Twitter sering diguna pakai untuk pemasaran. Malah ada juga empunya bisnes menggunakan pengaruh selebriti untuk memperkenalkan bisnes dengan membayar mereka untuk mempromosikan perniagaan mereka di media sosial.

Ada sesetengah bisnes pernah mendapat perhatian daripada artis dan selebriti di Malaysia sendiri. Namun apa yang terjadi kepada empunya bisnes restoran ini sangat menarik dan jarang-jarang berlaku. Restoran di Pulau Pinang ini mendapat pujian oleh penyanyi rap terkenal Snoop Dogg dalam hantaran terbaru di Instagram-nya baru-baru ini.

Snoop Dogg adalah merupakan salah seorang penyanyi rap paling berpengaruh di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan hampir semua artis Hollywood termasuklah Dr Dre, Eminem, Wiz Khalifa dan juga Katy Perry.

Apa yang dikongsikan oleh Snoop Dogg ialah satu gambar menunjukkan reka bentuk dalaman sebuah restoran di Malaysia yang sangat unik kedudukan dan susun atur meja dan kerusinya.

Related Post

Hantaran berkenaan hanya berkongsikan gambar dengan tulisan ‘bila restorannya kecil tetapi pemiliknya sangat kreatif’ seakan memuji usaha yang dilakukan pemilik restoran berkenaan.

Walaupun hantaran tersebut tidak menyebut nama restoran dan spesifik lokasi restoran berkenaan, netizen Malaysia pantas mengenali restoran berkenaan berada di Malaysia atau lebih tepat lagi terletak di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Cafe Takdak Nama.

Empunya restoran berkenaan, Mamak Kwangsoo yang turut perasan hantaran yang dibuat oleh Snoop Dogg terbabit turut berkongsi kegembiraan dan keterujaannya di Instagram beliau.

Walaupun tiada ulasan lanjut dari Snoop Dog di hantaran beliau itu, mungkin suatu hari beliau berminat untuk datang melihat sendiri keunikan restoran ini selepas mengetahui lokasi restoran ini. Pasti akan menjadi lebih tular.

This website uses cookies.